Ikan Tongkol Masak Acar - Jamu Selera | mStar

Ikan Tongkol Masak Acar

IKAN tongkol masak acar adalah sajian popular di Terengganu.

Di awal Ramadan ini tak salah jika anda rajinkan diri ke dapur, menyediakan hidangan istimewa ini untuk keluarga tercinta. 

Bahan-bahan:

500 gm ikan tongkol (4 Tongkol) (digoreng separuh masak)
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih – dipotong bulat
½ inci (1 cm) halia
250 gm cili giling
2 sudu cuka masakan
2 gm biji sawi
3 sudu minyak masak
300 mlm air
1 biji timun batang 
1 biji tomato (dipotong empat bahagian)
1 biji tomato (dibelah empat bahagian)
2 biji cili merah (dibelah dua bahagian)
1 biji lobak merah 
1 sudu gula
Secubit garam 
Secukup perasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Tumis sehingga garing dan masukkan biji sawi, cuka dan air. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng separuh masak. 
4. Apabila mendidih masukkan timun, lobak merah, bawang besar, tomato dan cili giling.
5. Akhir sekali masukkan gula, garam dan secukup perasa. 
6. Biarkan mendidih selama 5 minit dan matikan api. 
7. Siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba! - resipi oleh Merang Suria Resort


resipi

Artikel Sebelum

'Destinasi Rasa' Le Meridien Putrajaya

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti