suria

Tempura Fish Fillet Bersama Telur, Daun Daduk & Jeruk Buah Pala

MENIKMATI hidangan menyelerakan pasti dinantikan setiap kali tiba waktu sarapan, tengahari atau malam.

Kali ini, apa kata kita cuba resipi yang disediakan Pacific West hasil air tangan chef terkemukanya, Peter Russell-Clarke yang dikenali ramai terutama di Australia.



Peter Russell-Clarke
Pengarang & Chef TV Australia



RAMUAN (Hidangan 2-3 orang)


1 pek Pacific West Tempura Fish Fillets 325g

1 sudu minyak kacang 
(pilihan lain: Minyak Canola, minyak zaitun)

1 sudu mentega

3 biji telur ayam kampung

1 sudu Wasabi

1 biji oren

1 tangkai daun bawang (dipotong-potong kasar)

3 helai daun kaduk

5 keping jeruk buah pala (dihiris)

1 biji tomato ceri (dibelah dua)

1 bunga kantan (pilihan)

Tambah garam secukup rasa


KAEDAH

1. Selepas dibekukan, goreng Pacific West Tempura Fish Fillets untuk 5-6 minit atau sehingga bertukar berwarna perang.

2. Sementara Fish Fillets dimasak, campurkan telur dengan Wasabi. Gaul sehingga sebati.

3. Cairkan mentega dengan minyak kacang di dalam kuali yang tidak melekat pada kadar kepanasan sederhana.

4. Tambahkan daun bawang yang sudah dipotong-potong. Perahkan jus oren dan asingkan isi oren yang dipotong kepada 4 bahagian.

5. Buangkan kulit setiap potongan oren dengan pisau tajam dan letakkan di bahagian tepi untuk dekorasi sirip dan ekor ikan.

6. Masukkan telur dan wasabi dalam kuali. Gaul sehingga sebati. Jangan terlebih masak.

7. Untuk hidangkan; letakkan telur hancur ke dalam daun kaduk yang digulung bentuk kon. Hiaskan dengan oren dan separuh tomato ceri di atas empura Fish Fillet untuk menghasilkan bentuk ikan seperti di dalam ilustrasi.

8. Terakhir sekali, tambah hiasan bunga kantan yang kelopaknya dijarak-jarakkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain