suria

Gulai Lemak Asam Jeruk

Bahan-bahannya:

4-5 keping ikan jenahak

1 botol kecil jeruk asam

4 sudu makan pes sambal

1 batang serai – dititik

1 biji tomato-potong baji

1 helai daun kunyit saiz kecil – disiat dan disimpul

300ml santan pekat

1 ½ cawan air

Garam, gula, dan serbuk perasa


Cara penyediaan

1. Didalam periuk campurkan pes sambal pedas, serai, daun kunyit, santan, air dan asam keping. Biarkan mendidih. Kemudian ikan dan jeruk asam. Masak sehingga mendidih dan ikan masak dengan sempurna. Padamkan api dan masukkan tomato.

2. Akhir sekali perisakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Padamkan api dan sajikan.


*Resipi dan gambar sumbangan Chef Azli Razali, finalis Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 menerusi kategori Chef Selebriti Pilihan.

Resipi Ramadan

Artikel Lain