Masak Lemak Ketam Telur - Jamu Selera | mStar

Masak Lemak Ketam Telur

Gambar hiasan: Masak lemak ketam telur.
PERTENGAHAN Ramadan ini apa kata ketam menjadi menu pilihan untuk dihidangkan waktu berbuka.

Biasanya ketam yang dibeli pada masa itu memang berbaloi kerana isinya yang padat dan ada yang bertelur, jadi pastinya lebih berselera dimakan beramai-ramai.

Kalau biasanya dimasak cili, kali ini kita cuba pula masakan lemak ketam dengan kelainannya dimasukkan telur untuk menambahkan kepekatan hidangan.

Bahan-bahan: 

4 ekor ketam (dibuang kulit keras dan dipotong dua) 

3 sudu cili kisar 

7 ulas bawang merah dikisar

2 ulas bawang putih dikisar

2 sm halia dikisar

3 batang serai dititik

2 biji telur 

2 cawan santan

potongan nenas

garam 

asam keping

sedikit gula 

sedikit minyak untuk menumis 

Cara memasak: 

Kisar cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya. 

Masukkan secawan air, serai, asam keping dan biar mendidih. 

Seterusnya masukkan ketam, santan, gula dan garam secukup rasa. 

Bila sudah sebati, masukkan nenas dan akhir sekali telur yang dah dipukul dan acau supaya telur tidak berketul.

masak lemak ketam telur

Artikel Sebelum

Hidangan Jimat, Sederhana Di Tappers Cafe

Artikel Berikut

Puding Koleh Roti

Artikel Lain