Ayam Bertebu, Kerang Kari Kapitan Sajian Istimewa Hotel Eastin - Jamu Selera | mStar

Ayam Bertebu, Kerang Kari Kapitan Sajian Istimewa Hotel Eastin

Ayam Bertebu hidangan istimewa Hotel Eastin.

AYAM bertebu dan kerang kari kapitan khas dihidangkan sepanjang Ramadan ini di Hotel Eastin Petaling Jaya.

Bagi memastikan kesegaran dan kelazatan masakan yang dihidangkan di Swez Brasserie itu, beberapa percubaan dilakukan untuk memastikan kepuasan pelanggan nanti.

Eksekutif Chef, Alex Leong Mun Fai berkata, bukan untuk ikan bakar sahaja, tetapi beberapa percubaan juga dilakukan sebelum menetapkan juadah yang dihidangkan kepada pelanggan.

"Saya mencuba pelbagai cara dalam menyediakan hidangan untuk memilih cara yang terbaik agar para pelanggan yang hadir merasai hidangan yang berkualiti.

"Seperti ikan bakar, saya menggunakan beberapa jenis ikan bagi hidangan ikan bakar untuk membuat perbandingan dari segi bau dan rasa.

"Setelah membuat beberapa percubaan saya dapati ikan saba adalah ikan yang terbaik untuk digunakan bagi hidangan ikan bakar kerana bau hanyir tidak terlalu kuat jadi baunya masih lagi menarik walaupun telah lama dihidangkan," katanya yang menampilkan 150 hidangan untuk bufet Ramadan ini.

Tambah Alex lagi, istimewanya ikan bakar di hotel itu kerana ikannya diperap bersama rempah ratus asli, selain kicap, cili padi dan air asam sebelum dibakar.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, hidangan ayam bertebu sebagai hidangan istimewa kerana ingin memberi kelainan kepada pelanggan.

"Apa yang menarik mengenai hidangan ayam bertebu ini adalah kelainan dari segi rasa manisnya."Rasa manis itu datangnya dari tebu yang digunakan sebagai bahan masakan untuk menu istimewa itu," katanya.

Kerang kari kapitan pula pertama kali diperkenalkan dengan menggunakan sos kapitan yang biasannya digunakan dalam masakan ayam tetapi ia juga sesuai digunakan dengan kerang dan rasanya juga menarik," katanya kepada mStar Online.

Hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan seperti asam pedas ekor, kambing panggang serta kari kepala ikan juga dihidangkan pada  Ramadan ini.

"Kami menggunakan ekor lembu kerana baunya tidak terlalu kuat jadi pelanggan akan lebih berselera untuk menikmatinya," kata Alex.

Bagi hidangan pencuci mulut, Swez Brasserie menyediakan beberapa pencuci mulut istimewa berasaskan durian sebagai bahan utama.

Antara hidangan pencuci mulut lain yang terdapat di situ adalah minuman yang berkonsepkan air batu campur dengan gabungan pisang, kelapa, kiwi, longan, dan juga nata de coco.

"Kami mengubah sedikit konsepnya kerana hidangan seperti air batu campur atau cendol itu sudah menjadi hidangan biasa," kata Alex lagi.

Bufet Ramadan di Swez Brasserie, Hotel Eastin bermula 18 Jun sehingga 16 Julai pada harga RM138 bagi dewasa dan RM69 bagi kanak-kanak.

Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menikmati harga istimewa, RM115 bagi dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak.


Hotel Eastin , ayam bertebu

Artikel Sebelum

Sup Reneh

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain