Pindang Serani - Jamu Selera | mStar

Pindang Serani

RESIPI ini boleh dicuba sekiranya anda ingin 'lari' daripada menu yang berlemak atau bersantan.

Bahan Tumis

Beberapa hiris kunyit hidup
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Bahan Lain

Ikan
4 biji tomato-dadu
7 biji belimbing buluh
3 tangkai cili hijau
Beberapa hiris halia
Beberapa hiris lengkuas
Daun kemangi ataupun selasih
Garam dan gula
2 batang serai-ketuk
3 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Tuangkan air, dan masukkan semua bahan kecuali daun kemangi dan ikan. Biarkan kuah mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
4. Akhir sekali masukkan daun kemangi.

pindang , resipi Ramadan , lauk kesihatan

Artikel Sebelum

Lemak Pucuk Setangkis

Artikel Berikut

Sup Ayam Suhun

Lebih Artikel

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti