Belimbing Sirap Madu - Jamu Selera | mStar

Belimbing Sirap Madu

INGINKAN kesegaran sewaktu berbuka? Apa kata anda menikmati segelas jus belimbing sirap madu. Ia bukan sahaja memberi kesegaran, malah baik untuk kesihatan.

Bahan-Bahan:

1 biji belimbing besi
50 ml susu sejat
3 sudu besar sirap
2 sudu besar madu
Air batu

Cara Penyediaan:

1. Masukkan belimbing ke dalam alat perahan jus untuk mendapatkan jus belimbing.
2. Kemudian satukan jus belimbing dengan madu, serta susu sejat. Sebatikan rasa.
3. Tuangkan jus belimbing ke dalam gelas dan masukkan ketulan ais. 
4. Tuangkan sirap perlahan-lahan sehingga ia larut di dasar air. Sedia untuk dinikmati.

Artikel Sebelum

Vivatel Saji Serawa Durian Musang King

Artikel Berikut

Lemak Pucuk Setangkis

Lebih Artikel