Sambal Daging Pedas - Jamu Selera | mStar

Sambal Daging Pedas

BAGI anda yang sudah jemu untuk menikmati hidangan berasaskan kari atau rendang, apa kata cuba sambal daging pedas ini.

Ia enak dimakan bersama nasi panas. Sesuai juga disediakan untuk tetamu yang datang ke rumah pada Aidilfitri ini.


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging ada lemak sikit

Sedikit serbuk kunyit 

Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan)

1 biji bwg besar - dihiris kasar.

Garam dan perasa(optional)

Air - utk melembutkan daging 

Minyak 


Cara Penyediaan:

Bersihkan daging hiris nipis dan gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.

Tumbuk ciliapi sehingga lumat .

Panaskan minyak.Masukkan daging. Tambahkan juga sedikit air.Biar daging empuk.

Bila daging dah empuk. Angkat.

Dengan minyak yang berbaki gorengkan cili tadi sehingga masak.

Apabila cili dah masak masukkan sedikit garam dan perasa.Kacau rata.

Masukkan bawang besar yang dihiris.Gaul rata dan angkat.
sambal daging pedas

Artikel Sebelum

Mi Kuah

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi