BAGI anda yang masih tercari-cara menu pencuci mulut, apa kata cuba resipi sagupal yang amat popular di Kelantan. Bahan-bahan: 1 cawan sagu halus - direndam sekejap dan dititikkan dengan pewarna pewarna merah 1 ulas bawang merah - dimayang 1/2 inci halia - dimayang 1/2 sudu besar halba 2 cawan santan Sehelai daun pandan 4 sudu besar gula Secubit garam Pewarna merah 1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air Cara Penyediaan: Panaskan air secukupnya sampai mendidih. Toskan sagu dan bulatkan dengan cara mengepalnya dengan tangan kita. Masukkan ke dalam air yang mendidih dan tunggu sehingga ianya timbul baharulah diceduknya. Toskan. Masak santan bersama daun pandan, bawang, halia dan halba. Masukkan gula dan sedikit garam. Masukkan bancuhan tepung jagung dan bila sekali mendidih terus di angkat. Campurkan dengan sagu tadi.