Pengat Pisang Bersagu - Jamu Selera | mStar

Pengat Pisang Bersagu

BAGI penggemar pisang, apa kata cuba resipi pengat pisang bersagu sebagai hidangan pencuci mulut.

Ia bukan sahaja enak dimakan ketika bulan puasa tetapi boleh juga disajikan pada Aidilfitri.


Bahan-bahan:


5 biji pisang nangka

3 cwn santan 

2 sudu besar sagu biji putih (direndam dan ditoskan)

3/4 cwn gula 

sedikit garam

1 cwn air

3 helai daun pandan disimpul


Cara penyediaan:

Pisang dibuang kulit dan dipotong menyerong. Masukkan pisang ke dalam periuk bersama gula, air dan daun pandan.

Masak sehingga mendidih dan pisang empuk. Kemudian masukkan santan dan sagu biji. Kacau rata.

Biar mendidih seketika. Tutup api dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.

pengat pisang bersagu

Artikel Sebelum

Bihun Goreng Udang

Artikel Berikut

Sambal Terung Ikan Bilis

Artikel Lain