suria

Ayam Masak Ungkep (Jawa)

Ayam Masak Ungkep
BAGI yang gemar mencuba resipi baharu, boleh saja disajikan tetamu di pagi 1 Syawal denan hidangan masyarakat dari seberang ini.


Ayam Masak Ungkep (Jawa)

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi 

Bahan tumis
:
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara:

Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.

Ayam Masak Ungkep

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bihun Sup Utara

Artikel Lain