suria

Gulai Daging Briyani

GULAI daging beriani antara hidangan utama yang wajib ada di pagi Hari Raya Aidilfitri. 

Oleh kerana, proses menyediakan sedikit rumit, ia boleh dimasak pada malam Raya untuk dinikmati keesokan harinya.

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu, dipotong

3 ulas bawang besar, dihiris nipis

3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak

4 sudu besar rempah briyani

1/2 cawan bawang goreng

1 senduk kecil tomato puree

3 biji tomato, dihiris

3 sudu besar serbuk badam

1/2 cawan tairu atau susu cair


Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih

2 inci halia

4 biji cili hijau

4 biji cili merah


Bahan untuk ditumis:

5 kuntum bunga cengkih

4 kuntum buah pelaga

1 batang kayu manis


Cara Penyediaan:

Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.

Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. 

Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.

Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

gulai daging beriani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Daging Palembang

Artikel Lain