Nasi Lobak Merah - Jamu Selera | mStar

Nasi Lobak Merah

Nasi Lobak Merah
LAUK pauk yang menarik perhatian pasti mendapat pujian terutama jika enak dimakan. Aidilfitri ini pasti ceria jika tuan rumah rajin menyediakan juadah yang meninggalkan memori indah buat tetamu.


Nasi Lobak Merah

Bahan:
4 cawang beras - basuh dan toskan
2-3 batang lobak merah - disagat
1 cawan santan
mentega
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
sedikit garam
sedikit air - untuk masak nasi
1 cm halia 

Cara
:
Panaskan periuk, masukan mentega dan tumis bersama bawang besar dan bawang putih, kemudian masukkan 4 sekawan iaitu buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang. Seterusnya halia dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan lobak merah dan kacau sebentar iaitu 2-3 minit. Kemudian masukkan beras dan akhir sekali santan dan garam secukupnya. Tunggu hingga nasi masak dan siap untuk dihidangkan.
Nasi Lobak Merah

Artikel Sebelum

Ayam Masak Kurma

Artikel Berikut

Sambal Daging Serai

Artikel Lain