Udang Galah Rendang Perak - Jamu Selera | mStar

Udang Galah Rendang Perak

JUADAH yang menyelerakan tentunya mendapat sambutan ramai, lebih-lebih lagi jika udang galah yang menjadi hidangan utama.


Bahan:

600 gm udang galah

3 batang serai

2 helai daun kunyit

20 ulas bawang merah 

5 ulas bawang putih

1 inci halia

setengah cawan kerisik

10 tangkai cili kering

1 keping asam gelugur

garam secukup rasa

3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa

Cara:

Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. 

Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam. 

Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak. 

Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan.

udang galah rendang Perak

Artikel Sebelum

Pie Keledek

Artikel Berikut

Wajik

Lebih Artikel

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti