Kerutub Daging Sarawak - Jamu Selera | mStar

Kerutub Daging Sarawak

KATANYA juadah ini suatu kemestian di pagi 1 Syawal bagi masyarakat Islam Sarawak. Apa kata cuba resipi ini untuk merasakan keenakannya.


Bahan:

600 gm daging - dipotong lebar

1/2 cawan kerisik

1/2 cawang air asam jawa

1/2 cawan minyak

2 batang serai

sedikit lengkuas

garam dan gula apong secukupnya

Bahan kisar:

1 sudu teh jintan putih

1 sudu teh jintan manis

2 biji buah pelaga

1 sudu teh lada hitam

2 inci halia

2 inci lengkuas

10-15 tangkai cili kering

4 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

1/2 sudu teh serbuk kunyit

Cara:

Panaskan minyak, tumis bahan giling sampai garing, biarkan sampai agak kering airnya baru masukkan santan, kerisik, serai dan lengkuas. 

Biarkan sampai daging empuk tuangkan air asam dan perisakan dengan garam dan gula.
kerutub daging Sarawak

Artikel Sebelum

Briyani Madura

Artikel Berikut

Pie Keledek

Artikel Lain