suria

Nescafe Punch Float

NESCAFE merupakan minuman kegemaran ramai. Bagi penggemar nescafe, pastinya tidak sabar untuk mencuba resipi ini.

Nescafe sedap diminum sejuk-sejuk selepas penat seharian berpuasa.


Bahan-bahan:

1 sudu besar nescafe

2 sudu besar sirap gula melaka

3/4 cawan ais

1/2 cawan 7up sejuk

1/2 cawan cola sejuk

1 sudu besar aiskrim


Cara menyediakan:

Larutkan nescafe ke dalam air panas dan kacau. 

Campurkan sirap gula melaka, air 7up dan cola. Kacau lagi.

Tuangkan ke dalam gelas panjang.

Masukkan ais.

Akhir sekali, masukkan aiskrim.

Bolehlah dihidangkan.
nescafe punch float

Artikel Sebelum

Talapia Berserai

Artikel Lain