Bendi Goreng Telur - Jamu Selera | mStar

Bendi Goreng Telur

SAYUR kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. 

Namun, ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Untuk membangkitkan selera terhadap sayur ini, apa kata cuba resipi bendi goreng telur yang pastinya lazat dinikmati semasa berbuka puasa.


Bahan bahan:

15 biji bendi - dipotong nipis secara serong

2 biji telur - dipukul

Sedikit garam

Serbuk perasa

Bahan kisar

3 cili merah - dibuang biji

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih


Cara-cara:


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 

Masukkan bendi dan dikacau. 

Masukkan garam dan perasa. Kemudian curahkan telur disekeliling bendi tadi. 

Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan seketika sehingga agak kering.

Angkat dan sedia dihidangkan.

bendi goreng bertelur

Artikel Sebelum

Apam Kampung

Artikel Berikut

Bubur Kacang Hijau Durian

Lebih Artikel

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian