suria

Sayur Keladi Masak Lemak Udang

KEENAKAN sayur keladi sama ada dimasak lemak atau gulai memang tiada tandingan. Apatah lagi sayur keladi memang sukar dijumpai bagi yang duduk dibandar.

Menu itu antara hidangan wajib apabila balik ke kampung halaman untuk berbuka puasa bersama ibu bapa.

Ditambah pula dengan udang dengan hirisan lengkuas dan kunyit hidup, membangkitkan lagi aroma dan rasanya.


Bahan-bahan:


Udang

Batang keladi

5 cili kering (ikut suka pedas)

5 bawang merah

1/2 inci kunyit hidup

5 hiris lengkuas

sedikit ketumbar biji

1 asam keping

santan secukupnya

Garam dan gula


Cara menyediakan:

Kisar cili, bawang, kunyit, lengkuas dan rempah ketumbar hingga hancur.  

Masak dengan santan hingga menggelegak.  Kemudian masukkan batang keladi dan udang.  

Kacau rata supaya tak pecah minyak. 

Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.  

Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas.






Artikel Sebelum

Udang Kari

Artikel Berikut

Nasi Ayam

Artikel Lain