suria

Red Box Ria Tawar Sajian Tradisi Sempena Ramadan

SEMPENA Ramadan ini, pusat karaoke Red Box Ria menawarkan bufet berbuka puasa bertemakan 'Sajian Tradisi'.

Dengan harga yang berpatutan iaitu RM42 seorang, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai sajian Melayu tradisional sehingga 27 Julai ini.

Antaranya, udang masak sambal petai, ikan kering masak lemak nenas, sotong bakar sos percik, lala masak berlada, ketam tiga rasa, tenggiri masak kari, kerang bakar dan ikan merah masak asam pedas.


Terdapat juga hidangan pembuka selera seperti kerabu epal, kerabu ikan bilis, kerabu mangga Thai dan ulam-ulaman.




Untuk melengkapkan menu berbuka puasa anda, pelbagai pencuci mulut seperti air batu campur, bubur manis, cendol dan lai chee kang turut disediakan.

Red Box Ria turut menawarkan promosi pakej famili. Mereka yang menempah pakej ini akan membawa pulang VCD karaoke Pilihan Hari Raya.



Lebih istimewa, setiap pelanggan yang datang sepanjang promosi ini akan menerima baucar Red Box Ria percuma untuk seorang.

Malah, pengunjung juga akan menerima baucar diskaun Zalora sebanyak 20% yang boleh digunakan untuk berbelanja sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, ahli DotRed turut akan mendapat diskaun tambahan sebanyak 10 peratus manakala bagi ahli biasa, diskaun lima peratus akan diberikan daripada jumlah bil.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 03-2694 7788 atau layari www.redbox.com.my.




Red Box Ria, Ramadan

Artikel Sebelum

Udang Kari

Artikel Berikut

Nasi Ayam

Artikel Lain