Ketam Ala Thai - Jamu Selera | mStar

Ketam Ala Thai

Ketam ala Thai.
TIDAK dinafikan ketam agak leceh untuk dimakan. Malah ia juga memakan masa yang agak lama untuk disiang.

Namun apabila teringin terutamanya pada bulan Ramadan, segalanya akan menjadi mudah.

Untuk memudahkan penyediaan hidangan makanan laut itu, apa kata cuba resipi ketam ala Thai yang pastinya menyelerakan ini.


Bahan-bahan:

Ketam

1 Batang Serai

Daun limau purut 10 keping

Daun Ketumbar 

Cili api

Bawang Merah

Bawang Putih

Halia

Asam Keping

Serbuk Kari - 2 Sudu

Cili Giling 3 - Sudu

Pes Cili Thai 2 - Sudu

Gula 

Garam


Cara membuatnya:

Bersihkan ketam dan rebus dulu.

Air rebusan ketam jangan dibuang untuk kegunaan sebagai kuah.

Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.

Masukkan cili giling dan kari sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan pes cili thai.

Apabila pecah minyak masukkan air rebusan ketam tadi.

Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.

Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.

Apabila sudah mendidih, tutup api dan periuk, biar bau dan rasa masakan tadi bersatu.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
ketam ala Thai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Udang Buttermilk

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta