Ayam Goreng Berempah Abang Fen - Jamu Selera | mStar

Ayam Goreng Berempah Abang Fen

Ayam Goreng Berempah Abang Fen
APABILA sebut sahaja mengenai ayam, pastinya yang pertama bermain difikiran adalah ayam goreng.

Ayam goreng juga ada yang pelbagai, malah rasanya juga ada sedikit berbeza, cuma kelazatan serta aromanya yang menjadi pembuka selera. Jom kita cuba sendiri resipi ini.


Ayam Goreng Berempah Abang Fen

Bahan:
Beberapa ketulan ayam

Bahan A (dikisar)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
1⁄2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
 1⁄2 sudu jintan manis
 1⁄2 sudu jintan putih
 1 sudu ketumbar
 Garam dan perasa ( jika perlu)

Bahan B
Rempah daging (satu bungkus kecil)
2 biji cili kering di potong 2
1 tangkai daun kari
1 biji telur dipecahkan.

Cara:
Perap ayam dengan semua bahan A yg dikisar selama sejam. Selepas diperap satu jam masukkan bahan B dan gaulkan sekali hingga sebati.Panaskan minyak dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing. Setelah garing anda boleh hiaskan ayam tadi mengikut citarasa anda. Siap untuk dihidang.
Ayam Goreng Berempah

Artikel Sebelum

Udang Masak Serai

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"