suria

Ayam Masam Manis Perisa Oren

Ayam Masam Manis Perisa Oren
MELIHAT kepada masakannya saja sudah menaikkan selera, apalagi jika anak-anak anda yang melihatnya pasti terliur dibuatnya.

Aroma haruman Oren serta ayamnya diiringi bahan asasnya yang harum menjadikan anda tidak sabar menanti saat dihidangkan juadah ini.

Jika inginkan ahli keluarga teruja dengan juadah hidangan anda, cubalah resepi ini sebagai pelengkap waktu berbuka anda sekeluarga.


Ayam Masak Masam Manis Perisa Oren

Bahan:
300gm isi ayam dipotong size dadu yg anda suka.
1 biji lada bengala hijau.
1 batang daun bawang dipotong 2 inci.
3 ulas bawang putih dicincang halus.
1/2 cawan minyak untuk goreng ayam.


Adunan Tepung Untuk Menggoreng Ayam:

Bahan:
4 sudu besar tepung gandum.
4 sudu besar tepung jagung.
1 sudu kecil baking powder.
sedikit garam dan secubit serbuk lada putih.

Cara: Adunkan semua bahan dan masukkan 2 sudu besar air untuk dijadikan adunan goreng ayam. Ketepikan. Bila ketulan ayam diperap, masukan ketulan ayam dalam adunan ini untuk digoreng.

Sos Masam Manis:
2 sudu besar sos tomato.
4 sudu besar sos cili 
1 sudu kecil plum sos.
1/2 sudu kecil jus limau nipis.
2 sudu besar Sunquick perasa oren
1 sudu kecil sos tiram.
3 sudu besar air.
1/2 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan 1 sudu besar air.
3 cubit lada putih.
3 sudu besar minyak.

Cara:
Bersihkan dan buang kulit dada ayam. Potong daging ayam bentuk dadu ikut saiz yg anda kehendaki. Perapkan dengan 1 sudu kecil air limau, sedikit garam dan secubit serbuk lada putih. Gaul semua bahan dan perapkan dalam masa 10 hingga 15 minit sebelum digoreng dan asingkan. 
Panaskan kuali, masukkan minyak gorengan ayam tadi 2 hingga 3 sudu besar. Bila minyak panas masukkan bawang putih, bila bawang putih mula bertukar warna masukkan hirisan bawang sebelum masukkan lada benggala yang dipotong dadu. Goreng dalam dua atau tiga minit.
Seterusnya, masukkan sos ke dalam kuali dan bila sos mula mendidih, masukkan ayam yang digoreng, biarkan ayam disalut dengan sos satu atau dua minit dengan daun bawang.
Siap untuk dihidangkan.




Artikel Sebelum

Artikel Lain