SELAIN direbus dan dimasak bubur, jagung juga boleh dihidangkan sebagai pembuka selera untuk kank-kanak pastinya. Hanya dengan beberapa bahan ringkas yang tentu sekali ada di dapur anda, satu hidangan dapat disediakan untuk berbuka puasa nanti. Pegedil Jagung Bahan-bahan: 2 cawan hirisan jagung segar 1 biji telur 2 sudu tepung gandum 3 ulas bawang putih - tumbuk 3 ulas bawang merah - tumbuk 1/2 sudu teh lada putih - tumbuk 3 tangkai hirisan daun sup Sedikit bawang goreng garam secukup rasa minyak Cara: Masukkan jagung ke dalam mangkuk. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Bentuk menjadi bulat leper sebelum digoreng sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos atau mayonis.