suria

Pegedil Jagung

Gambar Hiasan
SELAIN direbus dan dimasak bubur, jagung juga boleh dihidangkan sebagai pembuka selera untuk kank-kanak pastinya. Hanya dengan beberapa bahan ringkas yang tentu sekali ada di dapur anda, satu hidangan dapat disediakan untuk berbuka puasa nanti.


Pegedil Jagung

Bahan-bahan:
2 cawan hirisan jagung segar
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
3 tangkai hirisan daun sup
Sedikit bawang goreng
garam secukup rasa
minyak

Cara:
Masukkan jagung ke dalam mangkuk. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Bentuk menjadi bulat leper sebelum digoreng sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos atau mayonis.

Pegedil Jagung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Air Katira

Artikel Lain