suria

Gabungan Sajian Ala Kampung, Timur Tengah Di Restoran Puteri Penchala

Siput sedut.
INGINKAN kombinasi masakan Melayu Asli dan Timur Tengah untuk juadah berbuka puasa anda? 

Restoran Puteri Penchala di Jalan Datuk Sulaiman, TTDI, Kuala Lumpur menawarkan juadah istimewa ini untuk semua pelanggan sepanjang Ramadan.

Pengurus Operasinya, Azlinda Mohamad berkata, pelbagai hidangan menarik bertemakan Sinar Ramadan yang terdiri daripada 25 sajian ala kampung dan 10 masakan Arab boleh dinikmati bermula hari kedua Ramadan dari pukul 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Katanya, antara masakan kampung yang disediakan di sini adalah siput sedut masak lemak cili padi, ikan pari asam pedas, ayam pendang, daging kicap hitam, sayur pucuk ubi masak lemak labu, kerabu mangga, soto ayam, laksa johor.

Ikan asam pedas.


Azlinda berkata, bagi penggemar masakan Timur Tengah, pelanggan akan dihidangkan dengan nasi Mandy ayam/daging, nasi Kabsah kambing, chicken boneless, Shish Tawook, sup labu dan dhal, salad Tabbouleh, Hummus dengan roti arab dan manisan Arab, Baklava.

Nasi Mandy ayam dan daging.


Menariknya, hidangan tersebut dimasak khas oleh Chef Boudour Fares dan Raed Ahmad Tabet masing-masing dari Algeria dan Yaman.

"Menu berbuka puasa di sini akan bertukar setiap hari bagi menggelakkan pelanggan berasa bosan," katanya kepada mStar Online.


Murtabak Singapore.

Selain itu, Azlinda berkata, tiga sajian istimewa iaitu murtabak Singapore, air batu campur dan cendol akan dihidangkan khas sempena Ramadan ini.

Jelasnya, pihak restoran juga menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan yang berbuka puasa di sini.

Pakej bufet Ramadan di sini berharga RM68 untuk dewasa manakala RM30 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 11 tahun.

Bagi tempahan berkumpulan lebih daripada 20 orang, diskaun sebanyak 5 peratus akan diberikan bersempena Ramadan ini.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut sila hubungi 03-7728 4886 dan 03-7733 3066 atau e-mel ke [email protected].

Artikel Lain