AGAR-agar, hidangan pencuci mulut yang mudah dan cepat disediakan. Malah ia sesuai dimakan sejuk apatah lagi ketika berpuasa puasa. Bahan-bahan: 1 kotak serbuk agar-agar 1 tin longan 1 tin Nata de Coco beberapa biji buah strawberi untuk hiasan Cara-caranya: Kacau rata serbuk agar-agar dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Tuang serbuk agar-agar tadi ke dalam acuan yang mengandungi longan dan Nata de Coco. Simpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dari acuan dan hias dengan buah strawberi.