Rakyat Malaysia Menang Anugerah Festival Filem Amerika - Inspirasi | mStar

Rakyat Malaysia Menang Anugerah Festival Filem Amerika

PETALING JAYA: Pembikin filem, Indrani Kopal telah memulakan kerjayanya dari bawah sebagai seorang juruteknik makmal komputer sehinggalah beliau memenangi anugerah Dokumentari Pendek Terbaik di festival filem di Amerika Syarikat.

Dia tersenyum lebar apabila filemnya, yang berkisarkan program pemulihan penjara melibatkan tarian moden berjudul The Game Changer, telah diumumkan sebagai salah sebuah filem yang menang di Festival Filem Antarabangsa Harlem.

"Apa yang membuatkan saya gembira apabila kumpulan lelaki yang dipaparkan dalam dokumentari saya membuat persembahan di festival filem dan penonton bangun memberikan tepukan gemuruh!" kata Indrani, 35, seorang pelajar Universiti Hofstra di New York.

Filem tersebut, yang merupakan sebahagian daripada tesisnya di peringkat Sarjana dalam kajian dokumentari dan produksi, turut dicalonkan dalam lapan festival filem, berjaya memecah rekod untuk pembikinan filem oleh pelajar.


"Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan pergi sejauh ini," katanya dalam satu temu bual melalui Skype baru-baru ini.

Dia bekerja sebagai juruteknik makmal selama lima tahun pada awal tahun 2000 sebelum menjadi produser TV dan mendapat ijazah dalam bidang komunikasi multimedia tiga tahun lalu.

Indrani, yang juga memenangi anugerah di Freedom Film Festival Malaysia, bekerja dengan sebuah portal berita dalam talian tempatan kira-kira enam tahun dengan menghasilkan pelbagai dokumentari web pendek dan melatih anak Malaysia dalam kewartawanan video.
 
Dia terbang ke Amerika Syarikat pada 2010 selama enam minggu dan dia tahu akan pulang ke tanahair untuk mengejar cintanya dalam pembikinan filem dokumentari.

"Saya tidak dapat menahan perasan melihat masyarakat Amerika yang meriah dan pelbagai. Berjalan kaki di sepanjang jalan-jalan di New York mendedahkan banyak cerita," katanya.

Impiannya menjadi kenyataan apabila dia menjadi pembuat filem Malaysia pertama dari program Fulbright, tetapi apa yang membuatkan Indrani sedikit gusar apabila dia tahu bahawa dia akan mengheret peralatan besar pada musim sejuk di bandaraya New York bandar secara berseorangan. 

"Ia adalah satu perbezaan besar di wilayah asing. Di Malaysia, saya boleh ke mana sahaja dengan tag media saya tetapi di sini, saya hanya mempunyai kad ID pelajar. Dan saya berseorangan melakukan semua wawancara dan rakaman.

"Saya dihalau keluar apabila saya dan rakan saya cuba untuk mendapatkan rakaman di kawasan penjara. Saya akan bangun awal untuk pergi ke sana dan melihat penari yang kini menjadi rakan-rakan saya dan hanya pulang pada lewat malam," kata Indrani, yang membesar di Kuala Lumpur.

Dengan kejayaan dokumentari ini, Indrani akan menghasilkan sekuel berjudul The Incarcerated Rhythm untuk tesis akhirnya, dengan memberi tumpuan kepada kehidupan penari apabila mereka dibebaskan dari penjara.

"Saya harap adanya kemungkinan terdapat lebih banyak sokongan daripada penduduk tempatan bagi pembuat filem dokumentari kerana kehidupan manusia boleh berubah dari penceritaan yang kami lakukan," kata Indrani, yang berharap untuk mendapatkan geran untuk terus melakukan dokumentari apabila dia pulang ke tanahair.
Indrani Kopal , The Game Changer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bermodal RM500, Asbdullah Kini Tauke Puyuh

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain