suria

AirAsia Cari Bakat Pereka Fesyen Muda

PETALING JAYA: Seramai 10 pereka muda berpeluang mempamerkan rekaan masing-masing di pentas peragaan berprestij minggu fesyen Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2016  (KLFW RTW 2015) pada 16 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, berkata, tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini akan menerima hadiah utama tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong.

"AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2016  (KLFW RTW 3015) dan kami sentiasa terlibat dengan usaha mencungkil bakat muda.

"Projek ini bertujuan bagi menyokong pereka fesyen muda serta memberi pendedahan meluas serta peluang yang tersedia dalam industri ini," ujarnya pada sidang media Pencarian Pereka Fesyen Muda di The Troika, di sini, Jumaat.


Tambahnya, beberapa individu terkenal dan berpengaruh dalam bidang fesyen seperti Khoon Hooi dan Jovian Mandagie serta Editor Eh! Khairul Abidin Ishak bertindak sebagai panel hakim bagi menilai hasil kerja peserta.

Jelasnya, pencarian juga terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan formal atau tidak dan tidak melebihi 28 tahun.

"Jaringan laluan AirAsia meluas terutama di rantau Asean boleh menjadi platform kepada pereka muda untuk meluaskan pasaran, mendapatkan fabrik dan bertukar-tukar pendapat dengan pereka fesyen lain di rantau ini.

"AirAsia bersedia menjadi sebahagian perjalanan pereka muda ini dari segi hubungan dengan pentas peragaan luar," ujarnya.

Pereka yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di laman web klfashionweek.com/airasiarunwayready bagi menghantar lakaran mereka.

Tarikh turut penyertaan sebelum pukul 5 petang pada 12 Jun 2015.

Seramai 25 peserta akan disenarai pendek dan akan dihubungi bagi mempamerkan rekaan mereka kepada barisan hakim, manakala 10 yang terbaik dipilih layak memperagakan koleksi bertemakan Asean di pentas KLFW RTW 2015.

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain