suria

Tampil Bak Puteri Dengan Prinsipessa

INGIN tampil anggun bak puteri dengan rekaan hijab yang lebih praktikal tapi pada masa sama menyerlahkan sisi glamor si pemakainya, Prinsipessa adalah pilihan yang tepat.

Sesuai dengan namanya yang diadaptasi daripada perkataan Itali yang bermaksud Puteri, Prinsipessa mementingkan rekaan yang mampu memberi refleksi kepada si pemakai.

Bukan sahaja menawarkan lilitan mahkota yang seiring perkembangan fesyen hijab, aura si pemakai dapat ditonjolkan menerusi perincian, tekstur dan rona hijab yang digayakan.

Koleksi Prinsipessa menampilkan pelbagai variasi warna. 

Bagi anda yang menghadapi kesukaran khususnya dalam pemilihan hijab, Prinsipessa akan membantu anda mengatasinya dengan pelbagai koleksi hasil sentuhan pereka berpengalaman.

Malah, setiap rekaan hijabnya dihasilkan menggunakan fabrik bermutu tinggi seperti dull satin, georgette, valentro, kapas dan satin untuk keselesaan si pemakai.

Istimewanya, selendang dan tudung dari jenama ini diberi sentuhan renda yang disulami jahitan manik dan labuci agar ia tampak eksklusif.

Perincian renda pada hujung selendang memberi transformasi yang lebih feminin dan manis kepada si pemakai.

Untuk menyerlahkan lagi rekaan kreatif ini, koleksi Prinsipessa menggunakan rona warna yang terang dan pastel.

Penggunaan rona warna tersebut turut memudahkan si pemakai untuk memadankan tudung mahupun selendang dari koleksi ini dengan persalinan mengikut fesyen terkini.

Gayakan tudung dari jenama Prinsipessa mengikut keselesaan anda.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Prinsipessa, Noor Yasmin Farahanim Abd Wahab, setiap seledang dari koleksi ini didatangkan dengan lebih dari 10 kombinasi warna yang berbeza dan terkini.

"Ini bagi memastikan ia nampak relevan dengan dunia fesyen semasa dan membuatkan si pemakai berasa lebih yakin dan menawan.

"Setiap selendang dihasilkan sepanjang 50 sentimeter (cm)  yang mampu melitupi kepala dan dada si pemakai," katanya.

Jelas beliau, koleksi selendang Prinsipessa juga dilabelkan sempena nama bunga seperti selendang polos mawar, selendang sengkuap anggerik dan renda seroja.

Harga setiap koleksi juga mampu dimiliki pada harga serendah RM68.

Setiap pembelian di Prinsipessa didatangkan dengan kotak eksklusif  yang boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata.

Prinsipessa turut menawarkan perkhidmatan jualan dalam talian untuk kemudahan pelanggan.

Tidak hanya itu, sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan yang membeli selendang berharga RM148 ke atas, mereka akan diberikan anak tudung secara percuma.

Seiring dengan aliran teknologi pada hari ini, Prinsipessa turut memasarkan koleksinya secara dalam talian kerana ia mudah dicapai dengan hanya di hujung jari.

Noor Yasmin berkata, butik online ini memaparkan kesemua rekaan Prinsipessa yang pastinya membuatkan pelanggan berasa rambang mata seketika.

"Ia lebih mudah dan dekat dengan hati pelanggan yang gemar membeli secara dalam talian. Pelanggan boleh melihat semua rekaan kami menerusi telefon pintar mereka," katanya.

Bagi mereka yang ingin melihat rekaan terkini Prinsipessa,  sila layari www.prinsipessa.com atau klik Instagram (IG) TudungPrinsipessa atau Facebook (FB) Tudung Prinsipessa.

Pembelian dan tempahan juga boleh dilakukan dengan menghubungi talian 03-55180443 atau WhatsApp 019-3719874.
Hijab, Prinsipessa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain