Sofina3 Tampil Lebih Eksklusif - Fesyen dan Gaya | mStar

Sofina3 Tampil Lebih Eksklusif

Sofina 3 boleh didapati dalam pilihan warna ungu - Foto Ihsan Fashion Valet.
KEUNIKAN sesebuah tas tangan itu terletak kepada rekaan luaran, serta jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya. 

Justeru, keluaran terbaharu tas tangan Sofina3 oleh Sometime by Asian Desinger pastinya menjadi pilihan bagi wanita bekerjaya mahupun pelajar yang meminati gaya ringkas dan ingin tampil elegan pada masa yang sama. 

Sofina3  kelabu turut menarik perhatian ramai.


Dek kerana kualitinya yang setanding tas tangan popular seperti Coach dan Kate Spade, Sofina1 dan Sofina2  habis dijual dalam tempoh sejam setiap kali ia berada di pasaran. 

Justeru, kehadiran Sofina3 yang merupakan tas tangan hasil inspirasi daripada pengasas Fashion Valet yang juga penulis blog terkenal Malaysia, Vivy Yusof kini boleh didapati dengan membuat tempahan awal (pre-order) bagi mengelakkan masalah kehabisan stok lebih awal. 

Sofina3  nude.
 
Fashion Valet dan Sometime by Asian Designer mengambil keputusan untuk membuka pesanan awal sebagai memberi kepuasan pengguna dan tempoh tempahan awal telah pun bermula sejak 18 Mac lalu dan akan berakhir pada hujung minggu ini. 

"Ia merupakan tempoh tempahan awal paling lama bagi tas tangan Sofina3 dan kami yakin dapat memenuhi tempahan daripada lebih ramai pelanggan. 

"Ini kerana ada pelanggan yang mengumpul siri tas tangan Sofina sejak edisi pertama lagi," kata Vivy. 

Rekaan Sofina3  pasti cukup eksklusif dengan dilengkapi perincian berkualiti yang sesuai digayakan pada majlis formal mahupun aktiviti santai. 




Sesuai dengan kedatangan tahun baharu 2015, Sofina 3 boleh didapati dalam beberapa warna menarik iaitu 'nude', 'taupe', biru, kelabu, ungu dan merah. 

Tas tangan ini juga diperkemaskan penggunaan butang stud serta perician berkualiti tinggi yang tahan lasak.

Sofina3 biru sesuai bagi pelajar mahupun wanita berkerjaya.


Bagi mereka yang telah membuat tempahan awal, Sofina3 dijangka mula berada di pasaran pada 30 Mei nanti dan sesuai untuk digayakan pada hari lebaran pada tahun ini. 

Menurut Vivy, Sofina3 merupakan edisi terbaik selepas beberapa kali ia menjalani proses perubahan berdasarkan maklum balas orang ramai dengan Sofina edisi terdahulu.

Sofina3 boleh didapati di laman web www.fashionvalet.com dan www.sometime.com.my dengan harga RM179 seunit.

Artikel Sebelum

Ariani Perkenal Koleksi 'Ready-To-Wear'

Artikel Berikut

Rekaan Memukau Ryan Ryanis

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain