suria

Koleksi Cala Qisya di Fashion Valet

Warna natural pilihan jubah muslimah keluaran Qala Qisya.

FESYEN muslimah sememangnya sesuai digayakan pada bila-bila masa. Kedatangan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi pastinya membuatkan golongan wanita sibuk memikirkan fesyen bersesuaian yang akan mereka gayakan pada hari berkenaan.

Usah bimbang! Hab fesyen atas talian, Fashion Valet pastinya dapat memenuhi citarasa anda. Mengetengahkan konsep jubah muslimah moden ini merupakan kolaborasi terbaharu mereka dengan jenama fesyen popular, Cala Qisya.

Menurut Pengarah Urusan Fashion Valet, Vivy Sofinas Yusof, ini merupakan kolaborasi kelima antara Fashion Valet dengan pereka tempatan dalam memaparkan rekaan 'ready-to-wear' yang eksklusif di laman web mereka.

"Cala Qisya merupakan satu jenama pakaian muslimah terkenal. Kami berbangga dengan kerjasama ini dan ia sangat menyeronokkan," katanya. 




Sementara itu, pemilik Cala Qisya, Farah Illyana Khairuddin berkata, perkara utama yang dititikberatkan dalam fesyen rekaannya ialah mengikut syariat Islam.

"Cala Qisya bermula tiga tahun lalu. Kami mempromosikan fesyen Islamik dalam kehidupan moden pada hari ini. Ini kerana apa jua yang kita lakukan harus berpandukan syariat, termasuk dalam soal fesyen," katanya. 






Jelas Farah lagi, baju rekaan mereka juga  boleh dipakai terus ketika bersolat dan sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.

Koleksi terbaru ini dinamakan sempena nama seri kandi yang berjuang demi menegakkan syiar Islam, antaranya, Summayah, Aishah dan Safiyyah.

"Semangat perjuangan mereka diharap dapat memberi kenyakinan supaya golongan wanita lebih berdikari," katanya. 





Koleksi Cala Qisya <3 FV didatangkan dalam tiga rekaan, dan boleh didapati dalam beberapa warna-warna natural.

Bukan itu sahaja, ia turut direka dengan gaya feminin serta dihiasi dengan jahitan labuci.

Harga yang ditawarkan juga mampu dimiliki, bermula RM179 hingga RM199. Sementara saiznya pula boleh didapati daripada S hingga XL.

Koleksi ini boleh dibeli bermula 22 September ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari, www.fashionvalet.com atau http://kedai.mstar.com.my/#

Fashion Valet, Qala Qisya

Artikel Lain