suria

Khoon Hooi Tawar Rekaan Kontemporari Sempena Aidilfitri

Khoon Hooi tampil dengan rekaan terkini.
NAMA Khoon Hooi bukannya asing dalam dunia fesyen negara, malah pemenang Malaysian International Fashion 2004 ini makin mengorak langkah untuk mengukuhkan jenama sendiri dalam bidang itu.

Menjelang Aidilfitri ini, anak kelahiran Perak ini tampil dengan 20 koleksi pakaian raya muslimah kontemporari yang mengetengahkan warna-warna pastel sesuai dengan 'mood' hari raya.

Bagi mereka yang masih tercari-cari rekaan yang sesuai digayakan di pagi  Syawal bolehlah berkunjung ke butik Khoon Hooi yang terletak di Starhill Galeri, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Kain kembang antara pakaian raya yang dijual di butik Khoon Hooi.

"Kali ini konsepnya lebih kepada kebaya moden, kaftan moden, jubah moden serta kain kembang.  Saya lebih mementingkan aksesori yang istimewa untuk diletakkan pada pakaian yang saya reka. 

"Untuk koleksi hari raya saya memilih warna-warna lembut seperti merah jambu, biru, hijau. Fabrik yang dipilih pula diimport dari dalam dan luar negara seperti chiffon dan microfiber," katanya kepada mStar Online di butiknya yang terletak di Starhill Galery baru-baru ini. 

Ditanya mengenai kerjasamanya dengan kedai mStar, Khoon Hooi nyata menyambut baik kerjasama yang terjalin buat pertama kali. 

Justeru, beliau berharap dengan kerjasama seperti ini dapat menarik minat lebih ramai pelanggan ke butiknya atau membeli secara atas talian. 

Kedai mStar boleh dilayari  menerusi http://kedai.mstar.com.my/

khoon hooi

Fesyen moden kontemporari merupakan tema fesyen raya Khoon Hooi. 

"Harga yang kami tawarkan tidak lah terlalu mahal, baju yang kami jual bermula daripada RM500 hingga RM1,200 bergantung kepada jenis fabrik dan aksesori yang dipadankan pada pakaian tersebut," katanya. 

Bukan itu sahaja, istimewanya, pada tahun ini, Khoon Hooi turut memperkenalkan koleksi eksklusifnya iaitu, 'kaftan sifon dua lapis' (two layer chiffon caftan).

"Ini antara koleksi eksklusif saya, potongannya berlainan dengan kaftan biasa. Ada 'extra piece' di bahagian dalam kaftan ini. Potongan sebegini cukup istimewa kerana ia menjadikan si pemakai tampil lebih elegan dengan kain yang mengalun-alun apabila mereka berjalan," katanya. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web: http://www.khoonhooi.com.



Khoon Hooi

Artikel Lain