suria

Potongan Rambut Moden

KEDAI gunting rambut India mempunyai keunikannya tersendiri. Mereka yang lahir pada tahun 1980 dan 90 an pasti pernah menjejaki kaki ke kedai gunting rambut India. Di era 1960 dan 70 an sememangnya kanak-kanak lelaki gemar berkungjung ke kedai gunting rambut India hingga enggan ke salun gunting rambut yang lain. 

Bagaimanapun, kedai gunting rambut ini semakin berkurangan ekoran kelahiran pendandan rambut terlatih di negara ini dan sejak itu jumlah kedai gunting rambut India semakin berkurangan. 

Tidak cukup hanya dengan sebilah gunting, sebuah kedai gunting rambut India turut dilengkapi dengan pemotong kuku dan pisau cukur. 

Trufitt & Hill, merupakan kesinambungan daripada dua generasi di Britain sejak 1805. Ia merupakan kedai gunting rambut tertua di dunia. 




Cawangan pertamanya dibuka di Kuala Lumpur pada 2012, ia menyediakan khidmat gunting rambut ala Inggeris dilengkapi dengan kerusi kulit sebagai pelengkap gaya. 
Pada tahun lalu, dua lagi cawangan Truefitt& Hill dibuka dan beberapa cawangan lagi dijangka akan dibuka di seluruh negara tidak lama lagi. 

Menurut Pengurus Operasi Trufitt& Hill Malaysia, Cathal Eoin Lenihan, pelanggan kini bukan hanya terdiri daripada lelaki berusia semata-mata. 

"Generasi muda juga sudah mula melihat kepentingan untuk berpenampilan kemas dan mereka ini juga dapat dilihat berkungjung ke kedai kami. Justeru, tukang gunting rambut kami turut menyediakan gaya potongan rambut dan cukuran terkini mengikut trend semasa," katanya. 




Selain itu, Trufitt& Hills turut menyediakan perkhidmatan tambahan seperti 'waxing' serta menipiskan jambang. Mereka juga turut menawarkan perkhidmatan rawatan kuku, rawatan kaki, rawatan muka serta mencantikkan bulu kening. 

Penyanyi rap dan komposer, Joe Flizzow turut tidak ketinggalan membuka kedai gunting rambutnya sendiri, 'Joe Barbershop'. Cawangan pertamanya dibuka di Subang Jaya, Selangor dan yang terbaru di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 

Menurut Joe, membuka kedai gunting rambut bukanlah trend baru di Malaysia. 

"Jika anda lihat kepada gaya P.Ramlee dan Jins Shamsuddin, mereka mempunyai gaya rambut tersendiri. Generasi baru pada hari ini dilihat cuba mengembalikan gaya potongan rambut mengikut trend semasa," katanya.




Joe berkata kedai gunting rambutnya banyak dipengaruhi oleh kedai gunting rambut ala New York, di Amerika. 

Menurutnya, pelanggan Joe Barbershop sangat unik dan terdiri daripada pelbagai golongan. Selain daripada pelanggan biasa, peniaga, golongan selebriti turut berkunjung ke kedai kami. 

"Pelanggan paling muda kedai kami berusia tiga tahun. Sementara, yang paling tua berusia, 70. Bukan sahaja orang lelaki malah perempuan juga datang ke kedai kami. Pelakon Nora Danish juga tidak melepaskan peluang berkunjung kedai kami," kata Joe. 

Potongan rambut merentasi sempadan 

Di Singapura dan Thailand juga terdapat kedai gunting rambut lama. Di Singapura, tempat seperti 'We Need A Hero' menjadi pusat dandanan eksklusif kepada lelaki. Tumpuan utama mereka ialah menyediakan potongan gaya rambut serta gaya cukuran terkini.  

Servis lain yang turut disediakan ialah rawatan kulit seperti IPL (intense pulsed light) .

"Gaya potongan rambut yang sering diminta adalah gaya maskulin yang jarang ditawarkan di kedai gunting rambut biasa. Gaya potongan rambut selebriti popular, seperti David Beckham, dan ikon budaya pop seperti Don Draper turut memainkan peranan dalam menentukan trend semasa," katanya. 

Di Thailand pula, Three Brothers Barber Shop menjadi pilihan utama kerana ia menawarkan gaya potongan rambut ala 50an. Antaranya gaya celerbriti popular, seperti Elvis Presley, Johnny Cash dan James Dean.


Kedai Gunting Rambut Daripada Kaca Mata Lelaki 

Mari kita lihat apa yang pendapat lelaki Malaysia tentang trend kedai gunting rambut di Malaysia? Zhafry Rahmat, 26, berpendapat bahawa ia tidak harus dilihat sebagai trend semata-mata. 

Zafry berkata mereka mengatakan ada orang lelaki berpendapat mereka tidak akan memperoleh gaya potongan yang diingini sekiranya mereka berjumpa dengan pendandan rambut berbanding kedai gunting India.  

"Saya lebih pentingkan apa yang saya hendak. Walaupun saya botak, saya mempunyai idea tertentu bagaimana tukang gunting rambut perlu memenuhi permintaan saya," katanya. 

Bagaiamanapun, Richard Augustin mempunyai pandangan yang berbeza, dia lebih gemar pergi ke kedai gunting rambut India. 

"Bukan sahaja harga memainkan peranan, di kedai gunting rambut India kadangkala kita perlu beratur panjang. Mungkin saya boleh mencuba untuk pergi ke kedai lain selepas ini, namun buat masa ini saya gembira dengan perkhidmatan yang mereka sediakan," katanya. 

Secara puratanya, harga yang dikenakan di kedai gunting rambut India adalah RM10 sementara di Trufitt&Hill pula bayaran yang dikenakan ialah RM95. 

Bagi Augustin, kedai gunting rambut tradisional menyediakan perkhidmatan yang hampir sama dengan kedai gunting ekslklusif. 

"Kedai gunting rambut India menyediakan perkhidmatan yang cepat, murah dan efisyen. Hakikatnya mereka ini telah menjadi sebahagian daripada kelompok yang membentuk masyarakat pada hari ini," katanya. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain