Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara - Klik | mStar

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

Zeti menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019. Foto MOHD NOOR FAIZAL MOHD DARUS

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Ketika senario ekonomi semasa lemah, struktur korporat yang kukuh dan cekap adalah penting untuk memperkuatkan kejutan luaran dan inovasi pertumbuhan yang pesat.

Berikutan itu, Permodalan Nasional Bhd (PNB) memulakan usaha membina semula Korporat Malaysia dengan memperkenalkan tema ‘Merangsang Semula Korporat Malaysia’ pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 buat julung kali diadakan pada Rabu.

Sebagai syarikat pengurusan modal dan pelaburan kedua terbesar di negara ini dengan kepentingan strategik dalam beberapa syarikat senarai awam, PNB memerlukan platform untuk membincangkan isu-isu penting yang dihadapi sektor korporat dengan syarikat pelaburan dan pakar industrinya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan perasmian Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019. Foto Bernama

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam ucapan aluannya pada sidang tersebut, beliau berharap Sidang Kemuncak Korporat PNB akan mendorong peserta untuk mengambil langkah perubahan bagi memacu Korporat Malaysia ke peringkat pertumbuhan dan pembangunan seterusnya, dalam mencapai matlamat utama iaitu kemakmuran bersama yang mampan.

“Walaupun persekitaran ekonomi yang sukar, Malaysia mempunyai potensi untuk mengatasi cabaran itu.

“Bagi memanfaatkan potensi yang ada dan memacu pertumbuhan mampan, Korporat Malaysia seharusnya menjadi penyokong utama dalam mengukuhkan asas institusi negara dan mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan, termasuk meningkatkan ketelusan dan rangka kerja tadbir urus korporat," katanya.

Zeti berkata, terdapat tiga keperluan bagi sektor awam.

Pertama, meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Ia akan dicapai dengan memanfaatkan teknologi dan mewujudkan sistem tadbir urus bagi mengelakkan ketirisan.

Kedua, terdapat keperluan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan, manakala ketiga adalah pengukuhan kedudukan kewangan sektor awam.

“Walaupun ia tidak berdepan dengan beban hutang, keadaan sedia ada mengehadkan potensi peranan lebih besar untuk peranan dasar fiskal,” katanya.

Bagi sektor swasta, terdapat keperluan untuk mempunyai syarikat yang lebih kukuh dengan mengekalkan pertumbuhan global.

Beliau berkata, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu sedar mengenai peranan mereka dalam ekonomi serta keperluan menilai keutamaan untuk memacu dan mencapai agenda pertumbuhan mampan.

Walaupun persekitaran ekonomi yang sukar, Zeti berkata, Malaysia mempunyai potensi untuk mengatasi cabaran itu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Jalil Rasheed dalam wawancara bersama StarBizWeek menyatakan, pengwujudan Korporat Malaysia yang lebih baik merupakan tanggungjawab kolektif antara tiga lapisan, iaitu pemilik aset, lembaga pengarah dan pengurusan.

Peranan pemegang atau pengurus aset adalah melantik lembaga pengarah, memastikan terdapat kepelbagaian komposisi yang tepat dari segi jantina, pengalaman dan umur.

Lembaga pengarah kemudian melaksanakan dan membina struktur tadbir urus bagi melantik pengurusan yang menjalankan operasi harian syarikat.

“Aspirasi untuk Korporat Malaysia adalah sekiranya struktur tadbir urus korporat kukuh, kita sebagai pemilik aset tidak perlu terlalu melibatkan dalam pengurusan syarikat.

“Ia seharusnya menjadi satu sistem yang berfungsi sendiri, dengan pihak pengurusan bertanggungjawab atas tindakan mereka, lembaga dan pemilik aset responsif menjadi seiring.

“Peranan pemilik aset yang ideal adalah menjadi aset ‘peruntukan’ - memikirkan seperti ke mana untuk menggunakan wang dan apakah bentuk aset untuk dilaburkan dan di negara mana, serta mempunyai peruntukan pelaburan optimum tanpa perlu terikat kepada syarikat-syarikat, yang akan berfungsi sepenuhnya oleh mereka sendiri,” katanya.

Bagi merangsang Korporat Malaysia, syarikat-syarikat terlebih dahulu perlu mengakui bahawa mungkin terdapat sistem yang tidak tepat.

Jalil Rasheed.

Jalil berkata, kemudian barulah syarikat-syarikat boleh menangani, membetulkan atau memperbaiki apa yang perlu dilakukan.

“Selain itu, perubahan yang berlaku di seluruh dunia begitu pantas.

“Kita tidak mahu syarikat-syarikat ketinggalan dan hanya mula memikirkan tentang perubahan atau menyesuaikan diri apabila sudah terlambat.

“Oleh itu, keseluruhan idea sidang kemuncak itu adalah untuk semua berfikir tentang kemungkinan yang boleh berlaku, belajar mengenai ke mana arah tuju dunia dan bagaimana rakan-rakan kita menangani perubahan itu,” ujar Jalil.

Sebagai contoh, pasaran menjadi lemah sejak 18 bulan lalu. Penurunan tersebut bukan disebabkan oleh asas syarikat yang lemah, tetapi faktor luaran seperti isu-isu geopolitik.

Beliau berkata, walaupun pelabur, pengurus dana dan pemilik aset dapat melakukan segala-galanya yang tepat dari segi pengurusan dana dan memilih saham yang tepat, hasil mereka terjejas dengan isu-isu geopolitik yang tidak dapat dikawal mereka.

“Isu geopolitik adalah sesuatu yang perlu kita ambil perhatian, tetapi hakikatnya adalah kita boleh terkesan daripada sesuatu di luar kawalan.

“Dari perspektif kita, tentu boleh mengawal dan menumpukan kepada perkara-perkara seperti tadbir urus korporat.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan struktur tadbir urus yang baik diletakkan dalam syarikat pelaburan kita,” kata Jalil.

Sesi perbincangan yang diadakan semasa sidang kemuncak itu memberi gambaran kepada korporat mengenai senario global dan bagaimana mereka boleh melaksanakan perubahan dalam kedudukan mereka sebagai ahli lembaga, yang begitu penting untuk kejayaan syarikat.

Jalil berkata, sidang kemuncak itu bukan bermaksud sebagai ‘jalan mudah’ untuk Korporat Malaysia melakukan perubahan, tetapi langkah pertama bagi membawa semua syarikat pelabur PNB bersama-sama mendengar taklimat, pandangan mereka dicabar dan belajar tentang amalan terbaik daripada rakan serantau mereka.

“Kita dalam menerokai perkara baharu. Banyak perkara yang berlaku di dunia hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan tiada persamaan antara setiap kelembapan pasaran global sejak bertahun-tahun.

“Oleh itu, sidang kemuncak ini membantu Korporat Malaysia menangani persamaan yang berlaku di seluruh dunia dan memahami apa yang perlu dilakukan dengan lebih baik,” katanya.

Ahli-ahli panel yang dijemput mengadakan perbincangan pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019.

Jalil turut menyentuh pandangan jangka panjang untuk melihat Korporat Malaysia berkembang dalam pelbagai sektor dan industri, meskipun ia adalah industri baharu.

Pada masa ini, syarikat-syarikat dalam senarai FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  sebahagian besarnya cenderung kepada syarikat-syarikat kewangan, telekomunikasi dan perindustrian.

Digitalisasi, teknologi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) merupakan perkara penting yang perlu ditangani Malaysia, memandangkan kebanyakan industri tradisional terlibat dalam Korporat Malaysia. 

Melihat kepada pasaran saham Amerika Syarikat (AS) hari ini, 10 syarikat teratas tidak lagi berada dalam industri tradisional seperti hartanah, industri dan kewangan.

Sebaliknya, syarikat teratas di pasaran saham AS beroperasi dalam industri perisian dan teknologi. 

“Oleh itu, kita perlu memahami mengapa kejadian itu berlaku. Berapa lama perubahan tersebut akan memberi kesan kepada Malaysia, dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada  syarikat kita?

“Adalah lebih baik untuk mempunyai lebih banyak syarikat dalam industri bukan tradisional dan melihat lebih banyak usahawan daripada sektor ini.

“Kita perlu mencari keseimbangan antara peranan kita sebagai pemilik perniagaan dan pada masa sama, tidak menyekat keusahawanan.

“Saya fikir ini adalah di mana Malaysia mengalami sedikit kesukaran dari segi mencari keseimbangan. Kita berharap dari semasa ke semasa, dan menerusi pemahaman yang lebih baik dan perbincangan lebih kukuh, kita akan dapat mewujudkan peluang keusahawanan,” kata Jalil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain