suria

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

Ahli-ahli panel yang dijemput mengadakan perbincangan pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019. Foto MOHD NOOR FAIZAL MOHD DARUS

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Ia juga bertujuan untuk menjadi hab Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, memandangkan teknologi baharu berkembang pesat, Malaysia tidak seharusnya membuang masa dalam menggunapakai IR4.0.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yakin Malaysia berada dalam landasan yang betul untuk mendapatkan semula status Harimau Asia dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun menghadapi sedikit tekanan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan hutang dan liabiliti semasa sebanyak RM1.087 trilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh ini hingga 65 peratus, melalui rundingan semula projek-projek mega, seperti Transit Aliran Massa (MRT).

Sementara itu, keyakinan beberapa pelabur asing di Malaysia masih kukuh dan penarafan kredit Malaysia juga kekal utuh.

Pelaburan langsung asing (FDI) negara berkembang sebanyak 48 peratus pada 2018, manakala eksport dan akaun semasa juga berada dalam kedudukan positif.

Terdapat kenaikan sebanyak 48 peratus dalam FDI yang diluluskan di semua sektor sebanyak RM80.5 bilion, pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan perasmian Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019. Foto Bernama

Pakar Ekonomi IQI Global, Shan Saeed memberikan pandangan dan strateginya mengenai perjalanan Malaysia ke arah mencapai semula pertumbuhan ekonomi:

Negara-negara Harimau Asia dilihat mencatatkan kejayaan besar dalam ekonomi masing-masing. Apakah faktor utama yang dapat diikuti Malaysia?

Malaysia sedang mengikuti pemboleh ubah tertentu yang digunakan oleh Harimau Asia yang lain, iaitu:

> Kestabilan politik.

> Mengekalkan keyakinan ekonomi.

> Asas makro yang kukuh.

> Kemahiran dan produktiviti yang dipertingkatkan.

> Kadar inflasi terkawal.

> Kunci kira-kira berada pada kedudukan kukuh.

Dari segi strategi penggunaan, Malaysia boleh menggunakan pendirian yang lebih agresif terhadap keluaran khususnya kelajuan terhadap strategi pasaran.

Ia adalah mengenai kelajuan permainan, kecekapan dan mencapai pasaran yang menguntungkan.

Adakah terdapat keperluan bagi Malaysia mengkaji model ekonomi untuk mencapai kejayaan yang sama dengan negara-negara ini?

Kerajaan telahpun memberi tumpuan kepada perkembangan pesat dari segi teknologi dan hasilnya. Kerajaan mengawal ekonomi dan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan permintaan agregat yang kukuh.

Akhirnya, corak penggunaan perlu kekal mantap untuk meningkatkan pertumbuhan KDNK, memandangkan penggunaan itu memberi signifikan beban yang ketara dalam persamaan KDNK secara keseluruhan.

Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tahap hutang dan meningkatkan aliran pendapatan bagi menampung cukai kepada nisbah KDNK, untuk mengukuhkan kunci kira-kira.

Shan Saeed. Foto ROHAIZAT MD DARUS

Apakah bidang keutamaan yang seharusnya Malaysia berikan perhatian?

Malaysia perlu melihat peningkatan kemahiran dan produktiviti, untuk membolehkan tahap pendapatan meningkat, yang seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat padam peringkat makroekonomi.

Kerajaan perlu terus menyediakan insentif kepada rakyat untuk menaik taraf kemahiran mereka bagi mencapai produktiviti yang lebih baik dan meningkatkan kebolehpasaran untuk tahap kerjaya atau pendapatan mereka.

Tenaga kerja yang didorong oleh teknologi sebenarnya boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi secara global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Adakah struktur cukai Malaysia cekap untuk kerajaan menaikkan pendapatan cukai yang mencukupi, bukan sahaja membiayai objektif pembangunan tetapi juga jangka panjang yang mengurangkan beban hutang dan kebergantungan kepada rangsangan fiskal?

Struktur cukai Malaysia adalah sejajar dengan kuasa pasaran dan lebih rendah berbanding dengan kawasan Asia Pasifik (APAC).

Menurut KPMG, kadar cukai korporat negara-negara jiran adalah seperti berikut:

> Indonesia - 25%

> Malaysia - 24%

> Thailand - 20%

> Vietnam - 20%

> Singapura - 17%

Ekonomi Harimau Asia mencapai kemajuan yang ketara dalam menarik FDI daripada pemain global.

Cara terbaik untuk meningkatkan cukai kepada nisbah KDNK adalah dengan meningkatkan saiz KDNK.

Malaysia pernah menjadi ekonomi Harimau Asia. Apakah yang silap? Bagaimanakah kita membetulkan kesilapan kita?

Ekonomi tidak dapat dimainkan seperti piano, di mana seseorang boleh menekan nota fiskal, monetari dan struktur tertentu untuk mendapatkan jawapan standard.

Satu-satunya kaedah untuk mencapai jawapan standard adalah melalui matematik. Ekonomi adalah kombinasi pembolehubah yang kompleks.

Cara untuk mencapai keputusan ekonomi yang positif merupakan seni untuk kerajaan.

Setiap kali mempunyai aspirasi penting untuk dicapai, terdapat kesulitan yang berlaku sepanjang jalan.

Ia adalah bagaimana anda menangani halangan dan cabaran yang akan menjadikan jalan yang ke hadapan lebih lancar.

Pada ketika ini, anda perlu mengkaji semula strategi ekonomi yang mungkin hilang dan membawanya semula dalam pelan asal.

Usaha dan tenaga harus diberikan tumpuan untuk menyusun semula semua pembolehubah yang penting dalam strategi ekonomi secara menyeluruh.

Selain itu, semua pihak berkepentingan perlu berada di halaman yang sama untuk melaksanakan strategi dengan profesionalisme paling tinggi bagi mencapai status Harimau Asia.

Hasil ekonomi yang disalurkan dengan efisien seharusnya menjadi keutamaan baharu kerajaan.

PNB, FDI, Harimau Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain