suria

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

Menjadikan Malaysia Paksi Ekonomi Asia dan Asean merupakan satu lagi prinsip WKB 2030. (Gambar Hiasan).


WAWASAN Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) mempunyai 15 prinsip panduan merangkumi pelbagai kerangka pemikiran, pandangan dan falsafah yang terangkum dalam konteks sosiobudaya masyarakat Malaysia.

Berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah ini, setiap daripadannya akan menghasilkan prinsip panduan berkenaan.

Paling penting ialah Kesamaan Keberhasilan yang mana sasarannya untuk memastikan peluang sama rata untuk semua dan kesan akhir dirasai setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan strata.

Kemakmuran Berterusan bertujuan memastikan pembangunan dan perkembangan tanpa henti di Malaysia. Ini bermakna masyarakat boleh melihat ke hadapan untuk meraih pendapatan yang lebih baik saban tahun tanpa sebarang kumpulan yang terpinggir.

15 prinsip panduan merangkumi pelbagai kerangka pemikiran, pandangan dan falsafah yang terangkum dalam konteks sosiobudaya masyarakat Malaysia.

Pertumbuhan Saksama adalah satu prinsip yang menjadi paksi WKB 2030 kerana ia akan digunakan bagi memastikan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa mengira kumpulan etnik, pendapatan dan wilayah.

Pertumbuhan Ekonomi Teragih mensasarkan untuk menyelesaikan masalah pengukuhan kekayaan dan ini akan membantu dalam perkembangan merentas sempadan. Bandar tidak akan menjadi tumpuan golongan kaya dan kawasan pedalaman tidak akan dipenuhi dengan orang miskin sahaja.

Ciri Keterangkuman merupakan satu lagi garis panduan utama dalam WKB 2030. Pembangunan haruslah dirasai semua orang khususnya mereka yang berada dalam kumpulan B40, yang paling miskin, minoriti, terasing dan terpinggir. Pada masa lalu, meskipun program ekonomi membawa tujuan yang baik, masih ada kumpulan-kumpulan ini yang tercicir.

WKB 2030 memberi penekanan kepada Masyarakat Peribelajar dengan kepentingan diberikan kepada budaya yang mementingkan pendidikan. Ia bagi memastikan peningkatan yang berpanjangan, peningkatan kemahiran dan nilai tambah kepada masyarakat. Ekonomi Masa Hadapan dengan industri baharu selaras dengan perkembangan pasaran semasa, tekonlogi dan budaya digital merupakan salah satu prinsip visi itu.

Pengangkutan awam antara yang termaktub dalam Model Kesepaduan Sosial untuk kesejahteraan rakyat menerusi WKB 30.

Biarpun masa depan yang menjadi panduan utama, namun ada pendekatan praktikal mengenai Pendekatan Ekonomi  Keperluan. Ia bagi memastikan dasar-dasar yang bercita-cita tinggi tak kelihatan tidak masuk akal tetapi mampu menangani keperluan dan kebajikan rakyat, terutamanya golongan miskin tegar.

Oleh itu, program WKB 2030, termasuklah Model Kesepaduan Sossial untuk kesejahteraan rakyat seperti perumahan, penjagaan kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam dan keperluan kebajikan. Dan bagi memastikan WKB 2030 tercapai, terdapat Ekonomi Politik Berinstitusi yang bertepatan yang mana kepentingan pelabur, pengeluar, pemborong, pemilik perniagaan, pengguna dan pekerjaan semuanya sejajar dan harmoni.

Ini bermakna, ia juga akan memberi fabrik sosial yang baik dan kuat serta ada nilai-nilainya.

Menjadikan Malaysia Paksi Ekonomi Asia dan Asean merupakan satu lagi prinsip WKB 2030. Visi ini memberi penekanan kepada keperluan untuk memperkukuh insitusi kerajaan menerusi Demokrasi dan Kestabilan dengan penyampaian yang dihakimi dengan kejayaannya.

Salah satu prinsip WKB 2030 ialah mahu menjadikan Malaysia sebagai paksi ekonomi Asia dan Asean.

Integriti dan Tadbir Urus Yang Baik juga tersenarai antara prinsip utama WKB 2030 bagi membendung rasuah dan kebocoran sumber kerajaan.

Terdapat juga kepentingan perpaduan sebagaimana WKB 2030 melihat wujud banyak cara untuk menghapuskan prasangka kaum dan meraikan Perpaduan dalam Kepelbagaian untuk menyatukan lagi kaum. Ini dilakukan menerusi perkongsian kemakmuran sama rata antara kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan berbeza.

Memiliki semua prinsip di atas sebagai panduan utama WKB 2030, secara keseluruhan, mengekalkan Kedaulatan dan Kelestarian negara bukan sahaja dengan semua rakyat menerima pengagihan ekonomi, bahkan menerusi pembangunan mampan dan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.

Artikel Lain