WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara - Klik | mStar

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mengangkat tiga objektif iaitu menstruktur ekonomi, menangani ketidaksamaan dan membina negara.


PENGAGIHAN kekayaan ekonomi negara dengan adil, saksama dan inklusif dalam kalangan rakyat Malaysia - itulah yang ingin dicapai menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Ia juga sebahagian daripada usaha yang lebih besar oleh kerajaan untuk mengukuhkan kestabilan politik, meningkatkan kesejahteraan negara dan menyatukan semua rakyat negara ini.

Matlamat utama WKB 2030 juga adalah untuk mewujudkan taraf hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia menjelang 2030 dengan mencapai tiga objektif.

Objektif pertama adalah untuk menyusun semula ekonomi dalam memastikan pembangunan negara dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Tiga objektif WBK2030 adalah menstruktur ekonomi, menangani ketidaksamaan dan membina negara. 

Kedua, menangani ketidaksamaan yang wujud dalam bentuk jurang kekayaan dan pendapatan termasuk penghasilan pendapatan, kumpulan etnik, wilayah dan sebagainya.

Ini adalah untuk memastikan semua rakyat negara ini diberi kuasa dan tiada yang tertinggal di belakang.

Objektif ketiga, bagi mewujudkan negara yang bersatu, makmur dan bermaruah agar dapat menjadi paksi ekonomi di rantau Asia.

Sudah tentu, bagi mencapai objektif ini, WKB 2030 juga mempunyai 15 prinsip dalam mencapai matlamat itu. (Rujuk grafik)

Pada akhirnya, WKB 2030 merupakan satu titik peralihan paradigma usaha kerajaan memandang ke arah pembangunan lebih cemerlang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya semasa membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat tahun lalu berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak akan lagi mengukur pembangunan negara hanya berdasarkan pertumbuhan ekonomi atau KDNK.

"Kami melihat perkembangan daripada aspek peningkatan kuasa membeli dan pembangunan yang dapat dinikmati oleh semua rakyat atau 'kemakmuran bersama'," katanya.

Terdapat pelbagai sebab mengapa negara ini perlu menyusun semula pendekatan terhadap pembangunan.

Ekonomi negara tidak pelbagai atau mempunyai nilai tambah seperti mana yang sepatutnya, ditambah dengan model ekonomi semasa Malaysia masih tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber dan kebolehan rakyat.

15 prinsip Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Bagi mencapai matlamat ini, transformasi ekonomi daripada hanya tenaga kerja berkemahiran rendah kepada berpengetahuan tentang ekonomi perlu dilakukan.

Kajian semula juga perlu dilakukan untuk membolehkan kerajaan menangani masalah kemiskinan dengan lebih berkesan.

Menyelesaikan isu itu bukanlah dengan menangani kemiskinan tegar sebaliknya melaksanakan dasar yang berkesan untuk menangani kemiskinan relatif, membantu golongan berpotensi termasuk mereka yang tidak mempunyai simpanan persaraan mencukupi.

Malaysia sebenarnya berada dalam dilema mengendalikan ketidaksamaan kumpulan pendapatan berbeza serta kumpulan etnik dan mereka yang berada di bandar dan luar bandar.

Sebab ini juga merupakan alasan mengapa Malaysia memerlukan naratif pembangunan baharu dalam membentuk Wawasan Kemakmuran Bersama.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain