suria

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

Sektor swasta dan kerajaan perlu berganding bahu dalam mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.


SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam usaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan tahap pendapatan di negara ini, kata sebuah institusi pemikir.

Kerajaan seharusnya dipandang sebagai fasilitator bagi semua pihak berkepentingan dalam ekonomi negara untuk menjadikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) satu kejayaan, kata Ketua Kegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Nizam Mahshar.

Masa yang juga sebuah pusat pemikir ditugaskan oleh kerajaan untuk mengkaji visi dan membuat pelan mengenainya.

"Di bawah WKB 2030, kepimpinan negara boleh diletakkan ke arah yang betul. Kami telah mengenal pasti kunci kepada aktiviti pertumbuhan ekonomi utama. Ia adalah penggerak dalam ekonomi serta pertumbuhan berpotensi untuk negara.

"Program yang tepat, inisiatif disediakan juga untuk menyokong pertumbuhan bidang utama ini dan kami berharap ia akan mendorong ekonomi," kata Nizam.

"Peranan kerajaan adalah untuk memimpin pertumbuhan dan membuka laluan, bukan hanya memberi apa yang sektor swasta atau perusahaan kecil mahu, sebaliknya kerajaan akan menyediakan kemudahan tepat bagi menarik minat sektor swasta dalam menyumbang lebih banyak kepada ekonomi untuk rakyat.

15 cadangan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama ke arah mencapai WKB2030.

"Dengan menyelaraskan serta cuba mendapatkan pelaburan di kawasan pendalaman yang betul - Industri Kecil dan Sederhana (IKS)dan syarikat persendirian boleh diberi insentif untuk bergerak keluar dari ruang tradisional atau konvensional kepada aktiviti pertumbuhan utama baharu ini," katanya lagi.

Pengarah Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Suraya Ismail pula berkata, meletakkan WKB 2030 sepenuhnya di bawah tanggungjawab kerajaan akan menyebabkan visi sebenarnya gagal apabila sektor swasta mendahului dalam ekonomi.

"Ketika ini, pekerjaan diwujudkan dalam pasaran tidak mempunyai nilai tambah yang tinggi. Bagi menjalani kehidupan selesa, seseorang itu mesti mempunyai pendapatan yang membolehkan mereka mempunyai kuasa beli yang baik.

"Pada 2014, 70 peratus berbelanja ke atas perkara-perkara lain apabila mereka perlu mengeluarkan bajet untuk benda luar jangka misalnya tayar bocor.

"Di bawah WKB 2030, kita memastikan semua pihak mendapat keuntungan sama ada yang sama atau diperluaskan, perlu ada perubahan dalam struktur kepada ekonomi.

Gandingan pihak swasta dan kerajaan dapat merialisasikan WKB 2030.

"Bagaimanapun melihat kepada keadaan sekarang, kebanyakan syarikat swasta tidak melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Oleh itu, tidak ada perkembangan teknologi kerana produktiviti lebih tinggi membawa kepada gaji lebih lumayan. Dalam hal ini, kesalahan terletak pada sektor swasta berbanding kerajaan," ujarnya.

Suraya juga menegaskan penyelidikan KRI mendapati, keadaan semasa ekonomi Malaysia menunjukkan ramai yang melakukan pekerjaan bertaraf  lebih rendah berbanding kelayakan mereka.

"Jika kita melihat statistik sekolah ke tempat kerja, kita akan melihat bahawa kebanyakan bekerja di tempat yang tidak setara dengan kelayakan mereka. Pasaran kerja tidak mewujudkan profesion yang tidak diperlukan. Graduan bekerja sebagai juruwang dan sebagainya.

"Firma swasta patut sedar bahawa mereka tidak boleh menunggu insentif kerajaan terutamanya apabila alasan utama kewujudan mereka dalam perniagaan adalah untuk mendapat lebih keuntungan," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain