Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030 - Klik | mStar

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya.


AGIHAN ekonomi negara akan dikongsi oleh setiap rakyat Malaysia - itu adalah agenda utama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Namun masih banyak persoalan kenapa agenda bumiputera masih diberi keutamaan dalam visi baharu itu.

Menurut statistik oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Statistik semasa turut menunjukkan bahawa 71.3 peratus daripada isi rumah B40 di seluruh negara adalah bumiputera.

Industri yang mana bumiputera pelopori sebahagian besarnya yang mempunyai nilai tambah rendah.

Negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan juga mempunyai penduduk dengan majoiriti bumiputera.

Industri yang mana bumiputera pelopori sebahagian besarnya yang mempunyai nilai tambah rendah.

Sebanyak 60 peratus daripada penduduk negara ini adalah bumiputera tetapi sumbangan domestik kasar (KDNK) perkapita golongan itu hanya pada kadar 46 peratus.

Kajian yang dijalankan Masa mendapati 46 peratus sumbangan sebenar hanyalah 28 peratus apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikecualikan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu sebab utama yang membantutkan pembangunan dan pembahagian ekonomi negara adalah korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

"Ia telah menjadi kanser dan satu-satunya penawar, sebagai doktor, saya melihat kita perlu memotong dan menghilangkannya.

"Apa yang patut kita hindarkan adalah rasuah dan penyalahgunaan dasar-dasar ekonomi (bertujuan menaikkan bumiputera miskin) dan tidak menghapuskan agenda bumiputera. Agenda ini tidak bersalah," katanya.

Beliau turut memberitahu WKB 2030 akan bertegas sekiranya ada pihak yang bercadang untuk mensabotaj agenda bumiputera dengan menggunakan kaedah 'Ali Baba' atau menyalahgunakan kontrak yang disediakan untuk golongan memerlukan bagi meningkatkan ekonomi mereka yang daif.

Di bawah WKB 2030 juga terdapat enam strategi utama dalam memastikan menaikkan bumiputera.

Pertama - memberi penekanan kepada keputusan yang sama untuk memastikan terdapat sosioekonomi yang adil setanding dengan pembangunan kumpulan etnik lain.

Kedua - dasar, strategi dan inisiatif sedia ada akan terus ditingkatkan dan diperkuatkan.

Ketiga - bumiputera akan mempunyai akses lebih baik kepada latihan dan pendidikan, akses tepat kepada dana modal untuk perniagaan, penyelidikan dan pembangunan serta komersil dan inovasi.

Keempat - ada pelaksanaan inisiatif untuk memastikan lebih banyak penyertaan bumiputera dalam perolehan kerajaan.

Selain itu, kelima - lebih banyak langkah akan dilaksanakan untuk menbendung penyalahgunaan mekanisme sokongan yang diberikan kepada usahawan.

Strategi terakhir, keenam - memfokuskan kepada mengembangkan sikap dan produktiviti bumiputra untuk menjadi masyarakat lebih berdaya saing.

WKB2030 juga berhasrat untuk menangani isu monopoli dalam rantaian bekalan bagi memastikan peluang bumiputera bersaing dalam suasana sihat dalam perniagaan dan keusahawanan.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Dasar dan strategi pembangunan di kawasan bandar utama juga perlu diambil kira berhubung keupayaan bumiputera untuk memiliki hartanah di kawasan tersebut.

Tidak ketinggalan pusat ekonomi di luar bandar juga perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan ekomoni dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Di samping itu, pembangunan ekonomi memberi tumpuan kepada negeri kurang maju dengan penduduk bumiputera yang tinggi termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Perkembangan pesat di negeri-negeri sebenarnya secara tidak langsung akan memberikan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada golongan bumiputera.

Pencapaian bumiputera mesti diberi keutamaan dengan perancangan sistematik dalam setiap strategi teras selain keupayaan untuk mencapai matlamat WKB 2030.

Sehubungan itu, bumiputera juga perlu mengambil inisiatif untuk mengubah pemikiran dan sikap secara drastik dengan menunjukkan komitmen dalam meningkatkan produktiviti mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain