WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka - Klik | mStar

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

Komuniti orang asli antara yang tergolong dalam sembilan kumpulan sasaran WKB 2030. (Gambar Hiasan).


KERAJAAN akan memastikan golongan terpinggir tidak dibiarkan dalam sasaran untuk mencapai dasar ekonomi pertama demikian terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).

Di bawah pengurusan polariti dalam WKB 2030, sembilan kumpulan sasaran telah dikenal pasti sebagai golongan terpinggir iaitu warga emas, kanak-kanak, wanita, belia, Orang Kelainan Upaya (OKU), Bumiputera di Sabah dan Sarawak, komuniti Orang Asli, masyarakat dalam transisi ekonomi dan kumpulan B40.

Sewaktu pelancaran WKB 2030, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenalpasti sembilan kumpulan sasaran yang akan menjadi keutamaan dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan.

Sembilan kumpulan sasaran dalam WKB 2030.

Kumpulan Bawah 40 yang dikenali sebagai B40, dikenal pasti sebagai kumpulan utama yang memerlukan bantuan kerajaan, seperti program untuk meningkatkan pendapatan, akses kepada pendidikan berkualiti dan program bantuan bersasar.

Pada masa sama, masyarakat dalam transisi ekonomi, ditakrifkan sebagai kemiskinan urban dan orang yang bermigrasi dari komuniti perladangan, dikenal pasti berhadapan isu untuk akses pendidikan berkualiti dan keperluan asas termasuk pemilikan rumah.

Menurut WKB 2030, isu yang dihadapi komuniti ini perlu ditangani segera untuk meningkatkan pergerakan sosial kerana ia akan membawa kepada penyertaan ekonomi yang lebih besar dan menjana kepada pendapatan lebih tinggi.

Infrastruktur asas seperti jalan di Sabah dan Sarawak turut menjadi keutamaan dalam WKB 2030.

Selain itu, pemerkasaan masyarakat Orang Asli dalam pendidikan, keusahawanan, dan kemahiran juga akan diutamakan dalam WKB 2030 kerana kemiskinan dikenal pasti sebagai isu utama dalam komuniti itu.

Dasar kerajaan harus mengambil kira kepentingan bumiputera di Sabah dan Sarawak, sebagaimana WKB 2030 mengusulkan perkembangan daripada aspek infrastruktur asas, jalan, kualiti kesihatan dan pendidikan harus menjadi keutamaan untuk mereka.

Di bawah wawasan ini, kerajaan turut berikrar untuk meningkatkan kualiti kehidupan OKU menerusi pendekatan inklusiviti dalam komuniti dengan memberikan latihan kemahiran dan pendidikan. Belia, ditakrif sebagai masa depan negara, dikenal pasti sebagai kumpulan paling penting oleh kerajaan.

Golongan muda disifatkan sebagai masa depan negara, satu kumpulan yang dikenalpasti sangat penting oleh kerajaan.

WKB 2030 mensasarkan untuk mencipta banyak peluang kerja berpendapatan tinggi dan menggalakkan keusahawanan dalam kalangan mereka. Wanita juga tidak akan dipinggirkkan menerusi wawasan ini dan polisi masa depan kerajaan akan bersandar kepada sensitiviti jantina bagi memastikan penyertaan kaum hawa dan kepimpinan dalam sektor awam dan swasta.

Kerajaan turut berikrar untuk melindungi kanak-kanak dari isu sosio ekonomi, sebagaimana cabaran ekonomi akan memberi kesan berpanjangan kepada proses mereka membesar daripada fasa kanak-kanak ke dewasa.

Menyediakan keperluan asas yang baik untuk warga emas, sebagaimana Malaysia dijangka menjadi populasi berusia pada 2030 turut disenaraikan dalam WKB 2030.

Artikel Sebelum

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain