WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

SPRM kini berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa memberi dan menerima suapan rasuah merupakan gejala yang perlu diperangi. (Gambar Hiasan)


RASUAH merupakan salah satu faktor utama yang menyekat pembangunan ekonomi dan ia perlu ditangani bagi memberi manfaat bersama buat semua rakyat Malaysia.

Kajian pada 1999 menerusi Jurnal Perbandingan Ekonomi oleh Mo Pak Hung dari Universiti Baptist Hong Kong menemui satu peratus peningkatan dalam rasuah mengurangkan kadar perkembangan sebanyak 0.72 peratus.

"Saluran paling penting yang mana rasuah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi adalah ketidakstabilan politik," kata Mo.

Maka tidak hairanlah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan dilaksanakan secara adil.

Ramai individu ditahan SPRM berkaitan kes memberi dan menerima suapan rasuah.

Sebagaimana kes berprofil tinggi melibatkan gejala rasuah dalam kalangan pegawai atasan kerajaan yang memenuhi paparan akhbar, jumlah kes rasuah melibatkan organisasi komersial juga cukup mengejutkan.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hampir 800 individu ditahan sejak lima tahun lalu melibatkan rasuah dalam organisasi komersial.

Malaysia mengenalpasti masalah itu dan sudah melancarkan 'perang' sejak sekian lama untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, malahan usaha sebelum ini membuktikan masih lagi jauh untuk ianya berakhir. 

Menerusi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke-61 daripada 180 negara dengan markah sebanyak 47 mata, satu anak tangga berbanding undian pada 2017.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa agar dihapuskan.

Pada 2016, Malaysia berada pada tangga ke-55 dalam 176 negara dengan catatan 49 mata.

Indeks itu menggunakan skala kosong sehingga 100 yang mana kosong bermaksud tinggi dengan rasuah dan 100 bermakna cukup bersih, dan ranking itu berdasarkan penelitian tahap rasuah sektor awam menurut pakar dan ahli perniagaan.

Langkah memerangi rasuah harus diteruskan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil banyak langkah aktif untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kesan buruk rasuah termasuk di peringkat sekolah dalam membentuk minda muda untuk berkata tidak kepada gejala itu dan penyalahgunaan kuasa.

SPRM kini berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa memberi dan menerima suapan rasuah merupakan gejala yang perlu diperangi.

Malaysia berada pada tangga ke-61 daripada 180 negara dengan markah sebanyak 47 mata Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, usaha memerangi gejala itu tidak cukup dan banyak persekitaran yang terbiasa dengan hal itu perlu diperbetulkan.

Disebalik ranking yang semakin baik, Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata ramai yang yakin dengan komitmen kerajaan dalam membanteras amalan rasuah sebagaimana persepsi awam meningkat kepada 70.8 peratus pada tahun lalu berbanding 59.8 peratus pada 2016.

Belia menyeru lembaga pengarah untuk mengamalkan prinsip telus, akauntabiliti dan integriti termasuk patuh kepada pentadbiran yang bagus dan membasmi rasuah serta membentuk negara bebas rasuah.

"Membina budaya integriti perlu hadir dari bahagian atasan," ujarnya sewaktu Forum Anti Rasuah dan Integrit pada September 2019.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain