Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

Salah satu indeks iaitu Indeks Perpaduan akan mengukur tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum, sementara Indeks Keharmonian Agama mengukur toleransi agama di negara ini. (Gambar Hiasan)


BAGI memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran untuk memberi manfaat kepada semua, kerajaan sedang membina indikasi sosial bagi mengukur perkembangannya.

Lapan petunjuk akan diperkenal sebagai pengukur bagi memastikan semuanya teratur, perkembangan yang holistik dan menepati kehendak pelbagai budaya. Pembangunan ini akan memacu identiti nasional, yang mengekalkan perpaduan negara dengan nilai positif dan progresif.

Indikasi sosial ini akan dibentuk mengikut lapan petunjuk iaitu:

*Indeks Perpaduan 

*Indeks Integriti dan Anti Rasuah   

*Indeks Keharmonian Agama   

*Indeks Kesihatan Rakyat   

*Indeks Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

*Indeks Anti Dadah   

*Indeks Pencegahan Jenayah    

*Indeks Keharmonian Kejiranan.

Indeks Perpaduan Kebangsaan, sebagaimana Indeks Keharmonian Agama, sudah lama ada dalam pelan negara ini. Penetapannya dijangka tersebar menerusi Bahagian Kesepaduan dan Integrasi Nasional dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Indeks Perpaduan juga akan mengukur tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum, sementara Indeks Keharmonian Agama mengukur toleransi agama di negara ini. 

Indeks Integriti dan Anti Rasuah pula akan memaparkan sejauh mana usaha rakyat Malaysia dalam membasmi gejala di negara ini.

Kata Perdana Menteri, pengurangan kadar jenayah membuat rakyat berasa lebih selamat untuk tinggal di negara ini.

Salah satu panduan biasa yang digunakan di Malaysia untuk mengukur tahap rasuah ialah menerusi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diterbitkan oleh Badan Ketelusan Antarabangsa. Pada tahun lalu, Malaysia naik satu anak tangga dalam senarai CPI kepada 61 daripada 180 negara, menerima 47 daripada seratus markah.

Bagaimanapun, awal tahun ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali meminta kerajaan, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) untuk memperkenalkan Indeks Integriti Kebangsaan dan Pentadbiran Korporat.

Indeks itu kata beliau boleh bertindak sebagai rujukan dan pengukur untuk organisasi mengambil amalan integriti dan pentadbiran yang terbaik. Indeks Pencegahan Jenayah yang bersandar pada statistik polis, digunakan sebagai indikasi untuk melihat kadar jenayah di negara ini sama ada meningkat atau menurun.

Indeks Perpaduan antara indikasi sosial dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Pada Mac tahun ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan indeks jenayah pada 2018 menurun sebanyak 11.9 peratus, bermakna terdapat pengurangan kes jenayah berbanding tahun sebelum itu.

Bagaimanapun, pencapaian itu pastinya tidak bermakna sekiranya ia tidak dirasai sendiri oleh rakyat.

Baru-baru ini, sewaktu pelancaran Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Mahathir berkata: "Apa yang lebih penting ialah pengurangan kes jenayah boleh membuat rakyat berasa lebih selamat untuk tinggal di negara ini."

Banyak yang disenaraikan ini boleh lakukan untuk melonjakkan Malaysia khususnya dalam membasmi jenayah, penyalahgunaan dadah, rasuah, perpecahan kaum dan ketidakharmonian antara kaum.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain