Program hujung minggu Universiti Taylor dipenuhi peluang untuk tenaga kerja masa depan - Klik | mStar

Program hujung minggu Universiti Taylor dipenuhi peluang untuk tenaga kerja masa depan

KAJIAN terbaharu oleh Insitut Kajian Khazanah mendapati sistem pendidikan Malaysia lebih menekankan kepada akademik dan kelayakan profesional.

Ia berbeza dengan kemahuan majikan yang mahu menyerap individu dengan kemahiran dan pengalaman kerja.

Peka dengan perubahan ini, Universiti Taylor mengubah pendekatan pedagogi mereka dengan memperkenalkan Rangka Kurikulum Taylor (TCF).

Menerusi kaedah pembelajaran berpusat ini, pelajar dapat mempersiapkan diri untuk masa hadapan sekaligus membantu mereka membina kemahiran dalam pelbagai cabang disiplin termasuk pengetahuan teknikal dan minat mereka.

Pelawat yang menghadiri Hari Terbuka Taylor dari 9 Mac ke 10 Mac di kampus Lakeside juga berpeluang untuk memahami apa itu TCF.

Ia merupakan satu inisiatif yang membolehkan pelajar mengurusan hal ehwal pendidikan mereka secara bersama dengan Taylor sendiri.

Pelawat juga berpeluang untuk melihat sendiri fasiliti kampus yang banyak memenangi anugerah itu.

Selain itu, pengunjung boleh berbicara dengan kaunselor dan pensyarah  untuk mengetahui dengan lebih lanjut  apa yang ditawarkan di sana.

Jika lepasan sekolah masih keliru dengan cabang kerjaya yang mahu mereka sertai, Taylor turut mempunyai pasukan pakar, Career Services yang akan membantu mereka mengenalpasti potensi diri.

Menerusi koloborasi bersama kumpulan RIUH, acara selama dua hari yang dipanggil Taylor Future Movement itu membolehkan sesiapa sahaja mencari peluang pendidikan untuk mereka.

Dengan tema Defying Convention: A Journey of Reimagining and Experiencing What Could Be, ia akan berlangsung pada 16 dan 17 Mac ini di kampus Lakeside.

Selain gerai, bengkel kreatif, persembahan live, para pelajar juga akan mempersembahkan hasil kerja mereka dalam acara itu. Antara acara yang dinantikan termasuklah sesi ceramah dan bengkel yang akan dijalankan pada pukul 10 pagi.

Acara yang dikendalikan pelajar dan pensyarah universiti itu akan membolehkan pengunjung meneroka pelbagai cabang ilmu seperti kulinari, hospitaliti, pelancongan, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan serta Program Pertukaran Ijazah Amerika.

Paling menarik tentunya seleksi makanan yang disediakan khas buat pengunjung di sana.

Dalam pada itu, Taylor Microhouse yang dibangunkan pada tahun lalu oleh kumpulan sukarelawan akan menjadi tulang belakang utama dalam penganjuran ini.

Pengunjung acara Taylor’s Future Movement akan dipersembahkan dengan persembahan secara langsung, hasil koloborasi universiti itu dengan The Actor Studio.

Lebih membanggakan, koloborasi itu juga akan memperkenalkan program Konservatori Seni Persembahan yang pertama di Malaysia.

Usaha sama itu membuktikan bagaimana Taylor begitu menekankan peluang pembelajaran untuk belia agar mereka memperolehi ilmu yang diperlukan dalam bidang masing-masing.

Tahun ini juga Taylor akan meraikan ulang tahun ke-50 mereka sebagai penyedia pendidikan berkualiti kepada lebih 100,000 belia dari dalam dan luar negara.

Dengan sejarah yang membanggakan dalam bidang pendidikan, Taylor dengan komitmen tinggi berhasrat untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti  untuk belia-belia di negara ini untuk membangunkan potensi diri mereka.

Memahami kebimbangan ibu bapa mengenai masa depan anak mereka, Taylor turut memperkenalkan bantuan kewangan dan biasiswa.

Ia termasuklah Biasiswa Kelas Dunia Taylor, Anugerah Kecemerlangan Taylor, Biasiswa Bakat Taylor, Biasiswa Merit Taylor, Biasiswa Sukan Taylor dan Biasiswa Komuniti Taylor.

Kaunselor di Taylor juga bersedia memberi panduan untuk anda meneroka peluang pendidikan terbaik di universiti itu.

Jangan lupa untuk hadir ke Hari Terbuka Taylor pada 9 dan 10 Mac bermula 10 pagi hingga 5 petang. 

Pada 16 dan 17 Mac pula, mereka akan mengadakan program Taylor’s Future Movement.

Jika berminat, anda juga boleh menghubungi talian 03-562950000, emel kepada applications@taylors.edu.my atau lawati laman www.taylors.edu.my.

Taylor , Lakeside , TCF

Artikel Lain

'Messi Jepun' sertai Real Madrid