suria

Memperkasa generasi pembina masa depan negara

DALAM dunia masa kini yang penuh dengan persaingan, bidang pendidikan menjadi faktor utama untuk membangunkan kemahiran demi kepentingan generasi akan datang.

Memahami kebimbangan ibu bapa, Taylor menawarkan pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan untuk pelajar yang layak dan memerlukan dari seluruh negara. Institusi ini turut menyediakan akses kepada kualiti pendidikan untuk belia Malaysia dengan adanya platform untuk membangunkan potensi mereka.

Sejak beberapa tahun lalu, Universiti Taylor telah diselaraskan sejajar dengan kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan rating 5 Tahap:Kecemerlangan menerusi Sistem Penarafan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran IPTA/IPTS (Setara).

Di peringkat antarabangsa, Taylor turut diiktiraf menerusi Quacquarelli Symonds (QS), badan analisis pendidikan tinggi global selama lima tahun berturut-turut.

Pada 2018, Universiti Taylor naik 15 anak tangga untuk disenaraikan di kedudukan ke 135 dalam 200 universiti terbaik, dan tersenarai di dalam 1% universiti tertinggi di rantau Asia

Universiti Taylor juga diiktiraf di kedudukan ke-14 dunia dalam Pengurusan Hospitaliti dan Liburan oleh ranking QS Universtiti Dunia mengikut subjek pada 2019.

Terbaharu, Universiti Taylor telah berjaya menempatkan diri dalam Ranking Kebolehpasaran Graduan di kedudukan keempat dunia dan yang terbaik di Asia.

Pencapaian ini menjadi penanda aras penting untuk Taylor ke arah mencapai sasaran untuk menjadi universiti peneraju di rantau Asia.

Pencapaian ini sekaligus memberi gambaran bahawa kaedah pembelajaran di Taylor sememangnya bertepatan dengan keperluan pedagogi terhadap pelajar dalam abad ini yang di tawarkan di kolej dan universiti.

Sehubungan itu, kedatangan Revolusi Industri Keempat (41R), Rangka Kurikulum Taylor (TCF) turut diperkenalkan pada tahun lalu supaya pelajar mereka lebih bersedia untuk masa depan, khususnya dalam menghadapi 41R.

Keputusan untuk melibatkan inisiatif utama ini hadir selepas mendapat maklum beberapa sumber data yang menekankan keperluan universiti untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran agar boleh diterima dalam pelbagai cabang kerjaya dan sektor.

Taylor turut menjalankan kaedah pengajaran transformatif yang membenarkan pelajar menimba ilmu dengan teknologi canggih sekaligus membolehkan mereka merakam kuliah dan mengakses nota walau di mana mereka berada.

Penuntut juga belajar dalam suasana X-space, bilik kuliah koloboratif yang dibina dengan fasiliti teknologi khusus untuk mereka.

Selain itu, Taylor telah membina satu ikatan kukuh dengan peneraju industri untuk menyediakan sumber dan fasiliti dalam membina persekitaran yang kondusif.

Dengan ini, pelajar dapat mempraktikkan teori dalam amalan sebenar.

Untuk menarik kehadiran penuntut di peringkat global, Universiti Taylor turut memperkenalkan program musim panas melibatkan cabang seni, hospitaliti, kejuruteraan dan perubatan.

Program kursus jangka masa pendek ini hanya ditawarkan dalam tempoh dua hingga empat minggu, fokus untuk pelajar dari luar negara menimba pengalaman dan membina kemahiran yang merentasi budaya.

Pada masa sama, Taylor turut menggalakkan pelajarnya untuk menyertai program musim panas di negara Perancis, Jerman, Netherland, Korea dan banyak lagi.

Dalam merealisasikan usaha itu, Taylor memperkenalkan enam biasiswa, iaitu Biasiswa Kelas Dunia Taylor; Anugerah Kecemerlangan Taylor; Biasiswa Bakat Taylor; Biasiswa Merit Taylor; Biasiswa Sukan Taylor dan Biasiswa Komuniti Taylor.

Bagi yang berminat untuk mengemukakan permohonan, sila hadir ke Hari Terbuka Taylor pada 9 dan 10 Mac bermula 10 pagi hingga 5 petang.atau 16 dan 17 Mac bermula 10 pagi hingga 6 petang

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian 03-5629 5000 atau hantarkan email kepada [email protected] atau layari laman sesawang Taylor 

Universiti Taylor

Artikel Lain