Memastikan bekalan air terawat selamat di dalam rangkaian pengagihan

Stesen penggalak di mana klorin akan ditambah untuk menjamin kualiti air.

AIR Selangor telah memperkenalkan sistem pengklorinan automatik sekunder untuk memastikan kualiti air di dalam saluran paip dan kolam perkhidmatan.

Mengekalkan air terawat selamat untuk kegunaan awam adalah keutamaan bagi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Salah satu cara Air Selangor mengekalkan air sentiasa selamat ialah dengan menambah klorin untuk membasmi bakteria di dalam air dan menghilangkan penyakit bawaan air seperti kolera, kepialu dan disentri.

Mengapa klorin itu penting

Klorin juga membantu menghilangkan bakteria lendir, kulat dan alga yang biasanya terdapat di dinding paip dan tangki simpanan.

Bagi memastikan tahap klorin selamat, Air Selangor memantau dan mengukur kepekatan klorin dalam air terawatnya dengan memeriksa kandungan Baki Klorin Bebas ataupun Free Residual Chlorine (FRC).

Proses pengklorinan di mana tahap klorin di dalam rangkaian agihan dipantau rapi


FRC adalah salah satu parameter kualiti air yang gariskan dalam Piawaian Kualiti Air Minuman Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Had yang dibenarkan untuk bacaan FRC di bawah spesifikasi standard adalah di antara julat 0.2 mg / L hingga 5.0 mg / L.

Ada kalanya, kepekatan FRC yang rendah dikesan di dalam rangkaian agihan. Ini biasanya disebabkan oleh kemerosotan klorin di dalam kolam dan rangkaian pengagihan serta penggunaan yang rendah di kawasan-kawasan pembangunan baharu.

Untuk memastikan pematuhan FRC mengikut spesifikasi, Air Selangor menjalankan pengklorinan sekunder dalam sistem pengagihan sebagai langkah pemulihan di tapak.

Pengklorinan Sekunder

Jabatan Kualiti Air dan Perkhidmatan Makmal Air Selangor telah membangunkan Sistem Pengklorinan Automatik Sekunder (ASCS) yang baharu untuk menambah klorin apabila sistem mengesan FRC yang rendah.

Air Selangor komited untuk mengagih air berkualiti kepada pelanggan


ASCS adalah stesen penggalak di mana pengklorinan sekunder dioperasikan secara langsung ke saluran air paip utama di outlet kolam takungan. Pengukuran tahap FRC direkodkan oleh kakitangan Jabatan Kualiti Air dan Perkhidmatan Makmal Air Selangor serta KKM.

ASCS telah dipasang di tujuh lokasi strategik sejak Jun 2018 dan pada tahun 2019, tujuh lagi lokasi telah dikenalpasti untuk pemasangan baharu.

Ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Air Selangor untuk meningkatkan kualiti penyediaan bekalan air dan perkhidmatan kepada pelanggannya.

Air Selangor, klorin

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain