suria

Sistem Insurans Pekerjaan Manfaat Untuk Majikan, Pekerja

KUALA LUMPUR: Tindakan para majikan yang masih menentang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) walaupun penurunan kadar caruman kepada hanya 0.2 peratus daripada gaji pekerja adalah sesuatu yang mengecewakan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem (gambar) berkata, kadar caruman itu adalah yang terendah di dunia.

“Banyak tentangan daripada kalangan majikan walaupun manfaat skim tersebut sangat jelas.

“Jika SIP dilaksanakan segera, pekerja sektor swasta yang terpaksa diberhentikan boleh menerima bantuan kewangan sementara sehingga enam hingga enam bulan.

“Dalam tempoh tersebut, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) boleh membantu menghubungkan mereka dengan bakal majikan bagi memastikan mereka dapat mencari pekerjaan lain secepat mungkin,” katanya kepada The Star.

Menurut data yang direkodkan oleh Jabatan Buruh, hampir 18,000 pekerja Malaysia sudah diberhentikan pada tahun ini.

Memandangkan teknologi semakin bertambah maju dan lebih banyak fungsi pekerjaan dijalankan secara automatik dalam pelbagai industri, pemberhentian kakitangan akan terus berlaku pada masa hadapan.

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso menggubal Rang Undang-Undang (RUU) SIP bagi memastikan jaringan keselamatan sosial buat para pekerja yang diberhentikan terus terpelihara.

RUU tersebut itu dibentangkan semasa sidang parlimen yang berlangsung baru-baru ini, namun kini terpaksa ditangguhkan selepas kumpulan majikan membantah dan menyerahkan memorandum kepada kerajaan bagi menentang skim tersebut.

Kata Richard Riot, semakin lama pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan, lebih banyak pekerja akan tercicir tanpa bantuan kewangan sebaik diberhentikan.

Selepas bersetuju untuk menurunkan kadar caruman kepada 0.2 peratus, yang akan dikongsi bersama antara majikan dan pekerja, kini terdapat cadangan oleh beberapa pihak untuk melihat lebih banyak elemen dalam Rang Undang-Undang Biru itu.

Penglibatan tiga pihak pada 10 Ogos telah bersetuju, antara lain untuk mencadangkan semakan kadar caruman daripada 0.5% masing-masing oleh majikan dan pekerja kepada masing-masing 0.2 peratus.

Lebih 78 engagement, yang mana 41 engagement dengan majikan dan 37 engagement dengan pekerja telah dijalankan sebagai tambahan kepada lawatan kajian ke negara-negara yang telah melaksanakan SIP seperti Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

"Apa lagi yang mereka mahukan pihak kerajaan tangani (dalam SIP)? Pemberhentian kerja semakin meningkat dan ia adalah masa yang tepat untuk melaksanakan langkah-langkah sedemikian bagi melindungi pekerja," kata Richard Riot.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga menggesa kerajaan untuk mempercepat pelaksanaan SIP.

MTUC sebenarnya telah melancarkan dana bantuan untuk kehilangan pekerjaan sebagai jaring keselamatan bagi para pekerja pada tahun 1997 dan 1998 iaitu selepas pemberhentian pekerja secara besar-besaran berikutan krisis kewangan Asia.

Richard Riot turut tertanya-tanya bagaimana bayaran sumbangan sebanyak 0.2 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.90 sebulan untuk pekerja yang bergaji RM1,000 sebulan atau maksimum RM7.90 sebulan bagi mereka yang memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke atas menjadi satu bebanan besar kepada majikan.

"Apabila pekerja sanggup menyumbang, kenapa majikan merasa sangat sukar apabila jumlah kecil ini akan melindungi mereka semasa keadaan ekonomi yang buruk," katanya.

Model yang digunakan untuk SIP adalah berdasarkan skim insurans pekerjaan yang kini dilaksanakan di Korea Selatan.

Sebaik sahaja perkhidmatan seorang pekerja ditamatkan, pekerja itu layak mendapat bantuan kewangan segera untuk tempoh maksimum enam bulan.

Pada masa ini, Perkeso juga akan secara aktif menyediakan perkhidmatan termasuk pemadanan pekerjaan dengan  bakal majikan, latihan dan peningkatan kemahiran untuk memastikan pekerja itu boleh dipasarkan dan dapat memperoleh pekerjaan baharu.

Perkhidmatan tersebut berterusan walaupun selepas tempoh enam bulan jika pekerja masih tidak mendapat pekerjaan.

"Dalam erti kata lain, majikan juga mendapat manfaat daripada skim ini kerana pekerja sedang dilatih semula dan disediakan latihan tambahan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sekali lagi.

“SIP adalah sistem yang sangat terancang dan komprehensif yang melibatkan kira-kira 430,000 majikan dan memberi manfaat kepada 6.6 juta pekerja sektor swasta.

"Adalah menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan  sistem ni tidak lama lagi untuk manfaat pekerja sektor swasta di Malaysia," kata Richard Riot.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketahui Peranan CTOS

Artikel Lain