suria

Raja Azmi Pakai Kasut Hadiah Isteri Bekas Suami

Raja Azmi gemar menggayakan tudung dengan cara tersendiri. Foto MOHD SYAFIQ IKHWAN

WAH WAH WAH.... sejak berubah imej bertudung, nampaknya Raja Azmi semakin style dan berani berfesyen!

Bukan berani yang daring tau, maksud penulis, Raja Azmi dilihat lebih mengeksplorasikan fesyen-fesyen muslimah terkini dengan mainan warna kontra, tetapi sesuai dengan usianya yang kini 55 tahun.

Kata Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, sejak berhijrah, dia menyifatkan tudung yang digayakan sebagai aksesori utama menggantikan subang dan rantai yang sering dipakainya sebelum ini.

"Apabila berhijab sebenarnya lebih seronok kerana selain menjadi satu kewajipan dalam Islam, Kak Mi (Raja Azmi) anggap tudung sebagai aksesori.

"Jadi tak payahlah pening-pening berfikir nak padankan rantai dan subang. Aksesori itu semua saya berikan kepada anak-anak.

"Seperti yang dipakai hari ini, Kak Mi buat rekaan tudung khas untuk butik Variante. Dah alang-alang Kak Mi pakailah satu. Tambahan pula warna biru dan merah cili menaikkan lagi seri muka Kak Mi. Rasanyalah," selorohnya yang ditemui pada awal Ramadan lalu bagi menjayakan projek video Ramadan Bersama... mStar Online.

Kasut jingga yang merupakan antara kasut harian yang dipakai Raja Azmi.

Selain itu, beritahu Raja Azmi, memandangkan dia selesa dengan rekaan daripada butik Variante, seluar dan balus yang dipakai itu juga daripada butik berkenaan.

Bagaimanapun antara penampilan yang paling disukai Raja Azmi pada hari tersebut adalah kasutnya yang berwarna jingga itu. Eh... ada apa-apa cerita ke tentang kasut itu? Hehe...


Sebenarnya kasut tersebut dihadiahkan oleh isteri kepada bekas suaminya, Datuk Seri Jailani Sidek iaitu Datin Seri Zaleha Mohd Khalid. "Ketika saya dan Zaleha berkawan baik, dia telah menghadiahkan kasut ini sebanyak dua pasang iaitu warna jingga dan hijau. Kerana kasut ini sangat selesa, saya beli dua pasang lagi warna biru dan satu lagi, lupa pula warnanya.

"Jadi... kasut ini menjadi kenangan yang tersendiri... Tetapi apa yang dah berlaku saya tak simpan dalam hati. Yang lepas itu lepaslah," ujarnya.
Raja Azmi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain