Cermin Mata Bulat Hasnol Ada Stail! - Stail | mStar
X Close

Cermin Mata Bulat Hasnol Ada Stail!

Cermin mata berbentuk bulat sinonim dengan penyanyi berusia 44 tahun ini.
RAMBUT ala K-Pop. Cermin mata bulat. Topi Fendora. Aksesori ringkas. Voila!

Itu antara perkara pertama yang menarik perhatian ketika penyanyi popular 90-an iaitu Hasnol memasuki ruang sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Tinggallah dan Kasih Abah baru-baru.

Cermin mata berbentuk bulat sinonim dengan penyanyi lagu Laguku Untukmu itu sesuai dengan gayanya dan memperlihatkan sentuhan klasik dan ada Stail!

Tampil dengan pakaian serba hitam pada petang itu, Hasnol memberitahu dia selesa dengan imejnya itu dengan memberikan sedikit suntikan segar terutama pada gaya rambutnya yang dibiar panjang dibahagian depan.

Hasnol
Hasnol selesa dengan pakaian yang longgar dan berkonsepkan nusantara.

"Selepas 20 tahun menyepi saya mahukan lakukan pembaharuan kepada imej saya supaya tampak lebih segar dan sesuai dengan usia saya kini yang sudah mencecah 44 tahun," katanya. 


Malah kata Hasnol, dia kini lebih cenderung memilih pakaian longgar dan bermotifkan nusantara dengan fabrik bersesuaian sebagai pilihan utamanya.

"Pakaian longgar cukup kena dengan selera fesyen saya buat masa ini dan akan kekal imej berkenaan buat masa ini," jelasnya.

Hasnol , Gaya , Stail.

Artikel Sebelum

Tali Leher 'Bunga' Ekspresi Kuah Jenhan

Artikel Berikut

Dayang Nurfaizah Tak Beli Baju 'Online'

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel