suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 40 tahun tersangkut dalam gelongsor, operasi menyelamat ambil masa 30 minit

Mangsa terperangkap di dalam gelongsor kanak-kanak.

SEORANG lelaki berusia 40 tahun berdepan detik cemas apabila dia tersangkut di dalam gelongsor kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan memasuki gelongsor berkenaan dalam keadaan kaki dan kepala dahulu.

Tindakannya itu menyebabkan dia tersangkut di tengah-tengah, ketika cuba menggelongsor turun.

Insiden itu mendapat perhatian pasukan kecemasan yang tampil memberi bantuan awal termasuk menyalurkan oksigen kepada mangsa.

Pada masa sama, sistem pengudaraan dipasang ke dalam gelongsor berkenaan bagi mengurangkan haba panas.

Bagi mengeluarkan mangsa, anggota bomba mengikat bahagian atas gelongsor pada tangga trak sebelum memotong plastik tebal menggunakan alatan khas.

Proses menyelamat yang mengambil masa kira-kira 30 minit turut memusnahkan gelongsor tersebut sepenuhnya. -Agensi

Artikel Lain