suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi tahun baharu... Pemandu trak pikap ‘menggila’, sengaja rempuh orang ramai! Sekurang-kurangnya 10 maut

Polis sedang mengawasi lokasi rempuhan di Canal Street dan Bourbon Street. -Foto AP

SEKURANG-kurangnya 10 maut manakala 30 yang lain cedera apabila sebuah trak pikap merempuh orang ramai dalam kejadian di New Orleans pada awal pagi Rabu (1 Januari).

NOLA Ready, agensi kesiapsiagaan kecemasan bandar tersebut mengatakan insiden berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi (waktu tempatan) di Canal Street dan Bourbon Street.

Ketika kejadian, orang ramai sedang berkumpul di kawasan tersebut, yang juga dikenali sebagai French Quarter, untuk meraikan tahun baharu.

Ketua Polis New Orleans, Anne Kirkpatrick berkata, pemandu trak dengan sengaja memandu secara melulu ke arah orang ramai.

"Lelaki ini cuba melanggar seberapa ramai orang yang boleh. Dia bertekad untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kerosakan," ujarnya.

Kirkpatrick berkata pemandu itu melepaskan tembakan ke arah polis dan melanggar dua anggota polis selepas kenderaannya terbabas.

Terdapat lebih 300 pegawai polis yang bertugas mengawasi lokasi sambutan tahun baru itu ketika kejadian.

Difahamkan, mangsa yang cedera telah dibawa ke sekurang-kurangnya lima hospital berbeza.

Beliau menambah, kes berkenaan disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain